Dah berlalu dan tinggal kenangan 1 syawal @ Raya 2018. Seperti biasa aku nak up momen raya 2018 ini di blog kesayangan dan blog cari rezeki aku ni. Boleh kenang sampai bila-bila suasana agar tak luput di ingatan kami sekeluarga. Seronok bila ada masa, buka balik momen raya yang lepas-lepas ni. Momen raya 2018 akan terus terpahat di ingatan walau hanya secebis kisah biasa... huhu!
Momen Raya 2018 |
Zaman dah berubah. Dulu-dulu orang ambil gambar simpan dalam album gambar. Bila ada kelapangan atau rasa rindu masa lalu, selaklah album lama. Aku dah pernah ada album yang lama-lama ni. Tapi asyik pindah-randah adalah barang-barang yang tercicir termasuk album gambar sewaktu anak-anak masih kecil. Dah tak ada gambar kenangan tu.
Momen Raya 2018 Terpahat Di Ingatan
Sekarang, dah tak risau gambar hilang atu gambar kenangan tercicir di mana-mana. Tercicir di FB dan IG, boleh cari balik. Apatah kalau letak di blog. Boleh lihat kembali dan imbau momen indah bergambar di hari raya. Anak-anak semakin dewasa dan aku dengan en. suami akan menginjak ke usia emas. Ada juga nanti kenangan bersama sekeluarga suatu hari nanti... kan.
Momen Raya 2018 Di Kampung Halaman |
Seperti yang aku ceritakan sebelum ni kami mula beraya pada raya kedua. Pagi-pagi dari Shah Alam sampai ke kampung hampir waktu tengahari. Opah dan atuknya dah tunggu di muka pintu. Selepas menyiapkan makanan dan makan tengahari kami mula bersiap ke Bota Kiri untuk beraya dan sekaligus meraikan majlis pertunangan seorang ahli keluarga.
Buat pertamakali menempuh kesesakan perjalanan keluar dari Ipoh nak masuk ke Seri Iskandar dan seterusnya ke Bota kiri. Pulang balik kerumah keluarga di Felda Lasah, Sungai Siput pada malamnya. Raya ketiga, hanya lepak-lepak di rumah sambil tunggu tetamu datang.
Momen Raya 2018 Bertemu Kawan Lama |
Raya ke empat sebelum pulang ke kampung, barulah aku sekeluarga bersiap ke rumah menziarahi kawan lama dan seterusnya menghadiri majlis perkahwinan. Seronok dapat jumpa kawan-kawan lama zaman persekolahan dulu. Walau tak dapat bersembang lama sebab masing-masing sibuk dan tak boleh berlama-lama di situ.
Tak apalah, dah dapat bertemu tu pun dah cukup memberi erti yang bermakna. Selepas tu kami bersiap pulang ke Shah Alam. Singgah sekejap di Ipoh ke rumah adik. Jadilah dapat jumpa sekejapan. Apapun, momen raya 2018 tetap dalam ingatan. Apa tidaknya, menempuh kesesakan jalanraya sepanjang perjalanan tu.
Nak baca catatan merepek dan informasi di blog ini, klik SINI
p/s: Berpeluh ketiak tau tak...? Almaklum balik kampung pakai van buruk jer...
Haruslah cerita kisah raya kat blog kan...
ReplyDeleteDah namanya pun blogger hiks!
Selamat hari raya Aidilfitri serta salam kosong-kosong
seronok baca kisah raya orang tapi diri sendiri tk sempat nak blogkan kisah raya 2018 ni..dok kalut hal yg lain.
ReplyDelete