05 June 2018

Kangkung Goreng Belacan Yang Simple Tapi Kecur Liur Di Buatnya

Dah hujung-hujung puasa nak raya ni, nak makan yang simple dan sedap di tekak saja. Badan pun dah rasa nipis melayang tapi timbang tak juga turun beratnya. Jadi, aku masak yang membuka selera ramai dah tak renyah membuatnya. Terjadilah kangkung goreng belacan yang kecur liur di buatnya. Senang je, Buat sambal belacan, goreng sambal tu bersama kangkung. Maka, terjadilah kangkung goreng belacan yang sedap meleleh air liur... hehe!

Kangkung Goreng Belacan Yang Simple Tapi  Kecur Liur Di Buatnya
Kangkung Goreng Belacan Yang Simple Tapi  Kecur Liur Di Buatnya

Kangkung murah je kan. Sayuran orang kampung yang boleh di petik di pinggir tali air sawah padi. Kat bandar kenalah beli di pasar. Seikat dalam 2 ringgit gitu. Aku paling suka sayur ni. Sayur yang lain suka jugak tapi inilah sayur yang paling murah. Kalau ke pasar malam, borong 3 ikat 5 ringgit. Selain buat kangkung goreng belacan, rebus begitu saja cicah sambal belacan pun sodap.


Resepi ni asasnya adalah saling tak tumpah macam buat sambal belacan biasa. Cuma tambah bawang merah dan bawang puth dalam bahan tumbuk tu. Boleh juga kalau tak nak letak bawang. Tak menjadi kesalahan. Tapi lebih sedap apabila ada bawang-bawang tu. Bukan makcik bawang yang viral tu yer... hahaha!

Resepi Kangkung Goreng Belacan 


Bahan-bahan:

Seikat kangkung
10  biji cili api
2 biji cili merah
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
Sebesar ibu jari belacan
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis

Cara-cara:

Kangkung di potong-potong pendek dan di bersihkan. cili api, cili merah, bawang merah, bawang putih di tumbuk lumat. Setelah lumat tumbuk bersama belacan. Tak perlu di bakar terlebih dahulu belacan tu kecuali nak buat sambal biasa.

Setelah bergaul belacan dan bahan tumbuk, campurkan ikan bilis dan  tumbuk ikan bilis bersama, Tak perlu sampai lumat. Hanya tumbuk kasar sahaja. Dah siap itu semua, panaskan kuali dengan sedikit minyak masak.

Setelah minyak panas, masukkan bahan tumbuk atau sambal belacan tadi. Goreng sehingga naik bau bahan tumbuk tadi. Setelah itu, masukkan kangkung dan kacau sehingga batang kangkung menjadi lembut.

Sekiranya agak kering, tambah sedikit air. Ikutlah kehendak sendiri samada nak berkuah atau kurang kuah. Perasakan dengan garam dan gula. Setelah itu, bolehlah di angkat dan di hidangkan.

Resepi main campak-campak yang mudah sesangat je ni. Tapi inilah resepi sayur kesukaan kami sekeluarga. Tak sedar berpinggan-pinggan nasi di makan. En. suami tak suka sambal belacan tapi sayur ni dia suka pula. Jangan di sebut letak belacan nanti putus pula selera dia. Dendiam je.. hehe!

Nak tengok resepi lagi di blog ni... klik SINI

p/s: Selain sayur kangkung, kacang botor dan bendi pun sedap di buat goreng belacan ni... huhu!

3 comments:

  1. Huiihh, kak Akma.. sedapnya resipi nie..

    ReplyDelete
  2. Love kangkung goreng belacan.
    Aida kalu buat, berkuah.
    Anak-anak suka kuahnya.

    ReplyDelete
  3. Kalau sempat sampai kat Seremban petang kang SA nak buat la kangkung goreng belacan

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...