Ramai yang terkejut apabila mengetahui ada jenama beg bijan. Paling mengejutkan perkataan bijan tu apabila di terbalikkan mempunyai makna seperti nama pemimpin negara yang tersingkir selepas pilihanraya. Ingatkan macam main-main bila di sebut-sebut dalam FB. Rupanya benar-benar wujud beg bijan dan dah viral pun di FB dan laman sosial yang lain.
Jenama Beg Bijan Yang Viral |
Terkejut bila mendapati jenama beg bijan memang wujud di dunia ni. Bukan hanya beg, tetapi pelbagai barangan jenama bijan bercitarasa mewah ada di jual. Beg tangan ini tiada di pasaran. Ia adalah beg tangan costum made mewah. Beg tangan mewah itu direka pereka terkenal kelahiran Iran, Bijan Pakzad yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
Koleksi mewah rekaan Bijan Pakzad seperti minyak wangi, kasut dan beg tangan dijual di butik House of Bijan. Antara pelanggan House of Bijan adalah bekas Presiden AS, Barack Obama, pewaris takhta diraja Britain, Putera Charles, pengasas majalah Playboy, Hugh Hefner, pelakon terkenal seperti Pierce Brosnan dan Arnold Schwarzenegger serta Raja Monaco, Putera Rainer.
Jenama Beg Bijan Yang Viral ... Hah?
Itulah serba sdikit informasi yang aku kumpul dari laman sosial berkenaan beg ni. Walaupun banyak jenama beg di pasaran. Beg pasaran Chow Kit juga yang memenuhi ruang perniagaan di pasaraya. Yang mahal atau custom made tu hanya segelintir sahaja mampu memilikinya. Macam Najib dan Rosmah ... hahaha!
Jangan tak tau, di pasaran Chow Kit tu macam-macam jenama boleh jumpa. Jenama-jenama yang terkenal pun ada di jual. Tak mustahil nanti jenama bijan pun akan ada jual di situ. Sudah semestinya yang tiruan. Kalau orang macam kita ni pakai, sudah tentu orang boleh agak yang tiruan punya tapi kalau orang berduit atau kaya pakai, yang tiruan pun boleh nampak macam original.
Aku pernah jadi peniaga beg di tapak expo dan karnival dulu. Masak sangat dengan jenis dan kategori beg tiruan berjenama ni. Harga belian borong murah sangat. Tapi boleh jual puluh kali ganda dari harganya. Kena tengok pada tempat jualannya.
Sekiranya di tapak expo, karnival, pasar minggu, pasar malam dan tepi jalan boleh jual rendah dalam 3 kali ganda dari asal. Boleh di tawar sehingga menjadi 2 kali ganda. Tapi bila berniaga di pusat membeli belah kena letak lebih. Bergantung harga sewa tapak di tempat tu. Kalau dalam pasaraya kedai atau premis, sudah tentu di jual lebih mahal.
Jadi, jangan berbangga membeli beg mahal di tempat ekslusif sekiranya hanya sebuah beg tiruan. Lebih-lebih lagi membeli beg berjenama tapi tiruan secara online. Tak berbaloi dengan harga yang di tawarkan. Kalau nak sekadar membeli beg berjenama tiruan. beli saja di tempat yang murah. Barulah berbaloi dengan harganya.
Jangan percaya lah beg tiruan gred 3A, 2A la. Itu semua propa je. Yang sebenarnya ikut kekemasan beg tu. Kalau kelim, kelepet atau pembuatannya elok dan tak elok di letaklah gred. Apapun aku nak tunggu beg tiruan jenama bijan jual di Chow kit ... Lepas tu jual di pasar pula. Beli lah kalau nak merasa pakai jenama beg paling mahal di dunia... hahaha!
Nak tengok pelbagai informasi di blog ni.... klik SINI
Nak tengok pelbagai informasi di blog ni.... klik SINI
p/s: Handbag Chow Kit 15 hinggit je satu tapi kena ambil borong sekurang-kurangnya 6 biji ... Jual kat pasaraya RM120 satu... Handbag bijan tiruan nak jual berapa yer... ?
Al kisahnya cam tu... ingatkan apa yg bijan
ReplyDeleteekslusif sungguh tgk kedai BIJAN tu.
ReplyDeletemahal sebab handmade, kata owner nyer lah...