Antara resepi pajeri peberet aku dan suami. Tapi ada antara anak-anak aku yang kurang suka. Selain terung, resepi pajeri ini yang paling sedap adalah di masak bersama nenas. Selain terung dan nenas, boleh juga di buat pajeri kedondong, pajeri mangga dan ada juga pajeri epal hijau dah ada orang buat.. Pajeri pisang sahaja tak pernah di buat orang lagi.... hahaha!
Resepi Pajeri Terung, Sesedap Rasa.... Membuka Selera |
Resepi ini adalah resepi turun temurun yang takkan lapuk di telan zaman walau masa terus berlalu. Sentiasa sedap di tekak dan jiwa orang kampung macam aku. Resepi sama je macam masak kari cuma bahan utama yang penting adalah kerisik. Tak ada kerisik, tak jadi pajeri akan jadi kari lah jawabnya.
Makan dengan nasi panas-panas sedapnya. Pajeri ini lebih sedap bila dah masak semalaman. lebih berperisa dan beraroma rasanya. Resepi mudah aku letak kat sini. Masak main campak-campak je ni dan aku agak-agak je bahan-bahan ini. Tak ada ukuran yang sepecifik tau...
Resepi Pajeri Terung, Sesedap Rasa.... Membuka Selera
Bahan-bahan:
4 - 5 biji terung
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu makan ikan bilis atau udang kering
1 paket kecil serbuk kari kari ikan
1 paket kecil kerisik
1 sudu makan cili giling
2 cawan santan
1/2 cawan air
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit rempah 4 sekawan
( kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang)
Cara-cara :
Terung dibersihkan dan dibelah. Bawang merah, bawang putih, halia ditumbuk lumat. Tumbuk juga ikan bilis/udang kering separuh lumat.
Tumiskan rempah ratus bersama bahan tumbuk. Bila dah wangi, masukkan cili giling. Masukkan pula serbuk kari dan air.
Tumis sampai pecah minyak. Masukkan kerisik dan santan. Bila dah dah mendidih masukkan terung. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Bila terung dah empuk, bolehlah diangkat dan dihidangkan untuk makan tengahari atau malam. Makan dengan nasi panas... Huh.. sedap!
Inlah saja resepi seadanya yang aku masak beberapa hari lepas. Kalau masak selalu macam ini, makin membulat badan. Diet dah lama terbabas dan tercampak ke laut dalam dah. Aduhai... Tak boleh buat apa-apa dah. Makan lah selagi boleh makan... kan! Wakaka!!
Nak tengok resepi rare di blog ini... klik SINI
p/s : Santapan iringan ikan sepat masin goreng garing dan sambal belacan cicah timun... Sedap gittewww... :
Ya Allah...punya sedap niiiiiii
ReplyDeleteya banyak kanak kanak x suka bau halia dan bawang.
ReplyDelete