16 May 2018

Resepi Masak Sardin Tumis Cili Api.. Pedas Tapi Sedap!

Masak Sardin Tumis Cili Api | Inlah lauk kegemaran seisi keluarga yang paling pedas meletup. Semua kata sangat sedap apabila di masak lauk ini. Aku saja yag rasa risau dengan tahap kepedasan yang mereka ingini. Al-maklum segenggam cili api pun tak berapa nak pedas untuk masak sardin tumis cili api ni katanya. Melampau... kan!

Resepi Masak Sardin Tumis Cili Api.. Pedas Tapi Sedap!
Resepi Masak Sardin Tumis Cili Api.. Pedas Tapi Sedap!

Lauk ni sesuai untuk makan waktu sahur nanti. Untuk aku sekeluarga mestilah pedas meletup. Tapi kalau pada orang lain bolehlah kurangkan jumlah cili apinya. Tapi pada aku elok juga letak banyak, barulah segar mata dan mulut apabila berdesing dengan kepedasannya tu.... huhu!


Biasanya aku guna sardin jenama kingcup. Tak ada guna sardin jenama yang ada cacing tu. Tak pernah seumur hidup aku makan sardin jenis tu. Guna satu tin kecik tu je untuk sekali masak. Nak nampak banyak aku letak kentang. Kengkadang boleh juga letak terung. Ikut selera sendiri lah. Resepi aku sertakan di sini.

Resepi Masak Sardin Tumis Cili Api.. Pedas Tapi Sedap!


Bahan-bahan:

1 tin kecil sardin
2 biji kentang
30 biji cili api
2 bji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 sudu makan pes asam jawa
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara-cara:

Bawang merah dan bawang putih di cincang halus atau di tumbuk. Cili api di tumbuk lumat atau di kisar. Bawang besar di hiris halus. 

Kentang di buang kulit. di belah dua dan di hiris nipis. Goreng terlebih dahulu kentang sehingga lembut dan ketepikan. 

Sardin di keluarkan dari tin dan asingkan sos dari ikan sardin tu. Goreng sardin dalam sedikit minyak sehingga agak garing sedikit. Ketepikan.

Tumis bawang putih dan bawang merah. Bila dah naik bau dan kekuningan masukkan cili api yang telah di tumbuk lumat. 

Tumis dan goreng hingga betul-betul masak dan garing barulah masukkan air serta pes asam jawa.Masukkan juga bawang besar.

Tumis sehingga agak pekat dan seterusnya masukkan sos dari ikan sardin tadi. Kacau lagi sehingga naik minyaknya barulah di masukkan sardin dan kentang.

Perasakan dengan garam dan gula. Gaul rata dan tutup api. Masak sardin tumis cili api siap untuk di hidangkan.

Makannya memang sedap sangat tapi yang tak boleh tahan tu waktu memasaknya. Satu rumah tebersin apabila terhidu bau gorengan cili api yang menusuk hidung. Cili api  kena goreng agak lama, barulah kepedasannya digantikan  dengan kesedapan. Kalau tidak, pedas sajalah yang dapat.. huhu!

Nak lihat lebih lagi resepi di blog ini, klik SINI

p/s : Itu je lah, Selamat Berpuasa dan jangan lupa dengan lauk special ni yer... hahaha!

3 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...