Char Kuay Teow Ringkas | Inilah resepi char kuay teow aku yang ringkas cara penyediaannya. Tapi sedap dan lazat. Juadah hari ketiga ramadan hari tu. Aku dapat resepi char kuay teow ringkas ini dari internet juga dalam 5 - 6 tahun lepas. Dah tak ingat dari blog mana. Banyak cara penyediaan tapi aku pilih cara ini. Lebih mudah dan ringkas.
Anak-anak paling suka kalau aku masak juadah ini. Tak kira lah di waktu bulan puasa atau pada hari biasa. Dah pernah juga aku buat char kuay teow ini pada open house hari raya untuk kawan anak-anak beberapa tahun lepas. Sedap sangat kata diorang hingga menjilat pinggan... hehe!
Resepi Char Kuay Teow Ringkas, Sedap Dan Lazat |
Resepi ni main agak-agak saja nak sayur taugeh dan kucai banyak mana. Juga bahan seperti udang pun boleh nak letak banyak atau sikit. Udang tak dapat di tinggalkan kerana ia adalah penyedap masakan ini. Tapi kerang kalau tak ada pun tak apa. Jadi aku tak letak kerang.
Untuk resepi yang ini, selain udang aku letak fish cake dan isi ayam. Biar lebih banyah rencah-rencahnya. Kicap pula aku pakai kicap biasa sahaja. Kalau nak dapatkan warna yang lebih hitam, seeloknya gunakan kicap pekat atau di panggil kicap mee. Kicap biasa pun boleh juga. Rasa tak berbeza cuma dari segi rupa.
Selain itu yang tak dapat di tinggalkan adalah cili jeruk. Kalau tak ada cili jeruk tak menjadi rasanya char kuay teow itu. Ini juga aku buat cara ringkas. Tak ada lah aku buat cili jeruk yang di peram 2 - 3 hari. Cili jeruk segera sahaja yang aku gunakan. Nanti aku tunjukkan sekali cara buatnya.
Resepi Char Kuay Teow Ringkas, Sedap Dan Lazat Hingga Menjilat Pinggan
Bahan-bahan :
Kuah
10 ekor udang sederhana
7 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tiram
1/2 cawan kicap
1 ketul kiub ayam
2 liter air
Garam dan gula secukup rasa
Cara buat Kuah:
Udang di bersihkan, di asingkan kepala dan ekornya dari badan. Ketepikan badan udang untuk proses membuat char kuay teow nanti. Kulit dan kepala udang di rebus dengan air, di tapis dan ambil airnya.
Bawang putih di tumbuk pecah-pecah saja. Masukkan semua bahan seperti bawang putih yang telah di tumbuk, sos tiram, kicap dan kiub ayam ke dalam periuk berisi air rebusan udang. Didihkan dan ketepikan.
Kuah ini boleh buat awal atau kalau ada lebihan boleh simpan untuk di gunakan buat lagi pada hari lain.
Bahan Char Kuay Teow:
3 bungkus kuay Teow
Isi udang
Isi ayam
Fish cake
Taugeh
Kucai
Cili giling
5 biji telur
Minyak masak secukupnya
Cara-cara:
Kuay teow dibasuh bersih dan tapis. Isi ayam di potong kecil, Fish cake di hiris nipis. Taugeh di buang ekor dan kucai pula di potong-potong. Panaskan kuali dengan api yang besar. Tumis cili giling hingga naik bau semerbak.
Masukkan sedikit kuah kicap char kuay teow, Masukkan selepas itu isi udang yang kepala dan ekornya telah di gunakan untuk membuat kuah sebelumnya. Masukkan juga isi ayam dan fish cake. Kacau dengan cepat.
Seterusnya masukkan taugeh dan kucai. Pecahkan telur pula. Bila telur hampir pekat, masukkan kuay teow. Kacau rata. Sekiranya nak char kuay teow berkuah letak kuah kicap lebih banyak. Sesuaikan dengan cita rasa sendiri.
Bahan cili jeruk segera
10 - 12 biji cili hijau
1/2 sudu garam
1 sudu gula
2 sudu cuka
Air secukupnya
Cara:
Cili hijau di hiris-hiris sahaja. Selepas rebus cili hijau bersama sedikit air. Cukup hanya separas jumlah cili sahaja. Biar sampai mendidih. Selepas tu angkat dan isi jeruk cili hijau dalam bekas. Letak garam, gula dan cuka serta kacau hingga garam dan gula larut.
Dah boleh di makan bersama char kuay teow. Tak jauh beza rasanya dengan jeruk cili hijau yang di peram 2 -3 hari tu. Kalau tak ada cili jeruk, makan char kuay macam kurang rasa.... kan!
Inilah resepi cara sendiri. Olah dari resepi di internet. Char kuay teow ni sedap di makan panas-panas. Jadi aku siapkan semua bahan terlebih dahulu. Kuah kicap dan cili jeruk aku dah siapkan awal. Tinggal menumis char kuay teow sahaja aku buat dalam 20 minit sebelum berbuka puasa.
Aku buat sekali gus ni. Kalau di kedai orang buat goreng sepinggan demi sepinggan mengikut pesanan pelanggan. Nak makan sendiri sekeluarga sekali harung je lah. Kalau nak berair atau kering terpulang pada kita. Aku dengan anak-anak siap letak semangkuk kuah di meja makan. Tambah kuah sambil makan. Tabur pula cili jeruk, memang sedap dan puas makan.
Nak tengok resepi lain di blog ini, klik SINI
p/s : Sendiri masak, sendiri makan, sendrilah puji masakan sedap ni ... Anak-anak tak berhenti memuji, sampai suruh buka kedai.. hahaha!
Terima kasih kerana kongsi resipi kak Akma.. Sememangnya char kuay teow nie salah satu makanan kegemaran saya.. =)
ReplyDeletewow nmpk sedap
ReplyDeleteMy favourite ni.. Sedapnyaa.. 😍
ReplyDeleteRamadhan ni aida x buat koteow goreng.
ReplyDeleteAsben nakkan nasi tiap hari.
Iye la. Kalau kita x puji, sale nak puji kan :-)
Anak-anak aida bab bodek no 1 tau.
Pe pon la aida masak, semua sedap hi hi hi
And tq share resepi cili jeruk.
ReplyDeleteFeveret tu.
Tapi x pernah buat sendiri.