Hari minggu kelmarin berkesempatan shopping di Seksyen 7 Shah Alam. Berjalan-jalan sekeliling butik yang ada di kawasan tu, tergerak hati masuk satu butik ini. Nama butik tu 'haqqi' Unik nama butik tu. Butik Haqqi yang menyediakan kelengkapan keperluan haji dan umrah. Di Butik Haqqi ini ada juga fesyen islamik terkini di jual tau. Boleh pilih baju raya sekali... huhu!
Kelengkapan Haji Dan Umrah Di Butik Haqqi Dan Fesyen Islamik Mampu Milik, Jom Ke Sini... |
Bila asyik shopping baju raya tu, jangan lupa shopping telekekung raya sekali. Jadi, boleh shopping telekung raya di Butik Haqqi. Cantik dan lembut kain telekung dia. Macam-macam rekaan telekung terkini ada di jual di sini. Rambang mata di buatnya. Boleh pilih yang berwarna atau yang putih suci seperti biasa.
Suasana Di Butik Haqqi Jom Ke Sini... |
Ada juga yang bersulam penuh di hujung kain dan ada yang terkini yang belum pernah aku tengok seperti yang bercorak jalur di hujung kain telekung tu. Pilih yang mana satu berkenan di hati. Beli untuk diri sendiri, anak-anak dan emak di kampung. Nanti boleh pakai telekung baru pergi solat Aidilfitri nanti. Bukan hanya berbaju baru, juga bertelekung baru.
Jalan-jalan di dalam butik tu, bukan hanya telekung saja, jubah dan kurta untuk lelaki pun ada di jual. Boleh beli untuk suami dan anak lelaki juga. Kenalah beli untuk mereka juga. Nanti di cop double standard pula. Dah beli telekung untuk yang perempuan, yang lelaki nak juga. Betul tak.. nangis diorang.. hahaha!
Baju raya pun ada di jual di sini. Pilih sajalah fesyen yang mana nak. Semuanya fesyen islamik menutup aurat. Cantik-cantik juga pilihan yang ada. Hinggakan dah tak tau yang mana satu nak di pilih. Pilih jangan tak pilih. Dah berkesempatan berkunjung ke Butik Haqqi, rugilah kalau tak membeli.
Kelengkapan Lengkap Haji Dan Umrah Di Butik Haqqi |
Melihat-lihat dan meninjau seluruh butik ini yang menyediakan kelengkapan haji dan umrah dibawah satu bumbung, terdetik hati iatu sekiranya satu hari aku dapat peluang ke Mekah Al Mukarramah aku dah tau di mana nak membeli segala kelengkapan dan persiapan. Dah tentulah di Butik Haqqi.
Segalanya lengkap dari A sampai Z, dari beg, tali pinggang sarung kaki sehinggakan barang-barang penjagaan diri pun ada di jual di sini. Jadi tak payah ke sana dan kesini mencari satu persatu kelengkapan haji dan umrah. Menjimatkan masa dan tenaga.
Bilalah aku dapat pergi ke sana, agakmya. Ada beberapa tahun dulu sebuah organisasi ni tawarkan aku dan suami mengerjakan umrah dan di tanggung mereka. Baru nak rasa gembira ada khabar mengatakan kami tak layak kerana ada kekangan urusan kehidupan. Sabar dan redha ajelah. Mungkin belum ada rezeki memihak pada kami.
Dah shopping Di Butik Haqqi, Anda Bila Lagi ..! |
Apapun aku sarankan sesiapa yang nak menunaikan umrah dan haji, berkunjunglah ke Butik Haqqi. Nak beli baju raya pun boleh datang juga ke sini. Cantik-cantik dan berkualiti pakaiannya tau. Tak rugilah kalau membeli belah di sini. Pada yang tinggal jauh dari Butik Haqqi, boleh saja shopping online.
Di bawah ini di sertakan alamat Butik Haqqi di Shah Alam dan link WEB, IG dan FB Butik Haqqi:
Alamat:
Butik Haqqi Shah Alam
NO 13 &15, JALAN PLUMBUM S7/S,
SEKSYEN 7,
40000 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN.
03-55234798
WEB: haqqi.com.my
IG : haqqi.com.my
**Dah puas berceloteh di sini, apa kata baca pelbagai informasi di blog ni... Klik SINI
p/s : Pernah ada yang tanya, di mana nak dapat barang-barang keperluan nak menunaikan haji dan umrah di Shah Alam. Aku tak tau, walau dah lama tinggal di Shah Alam. Sekarang aku dah tau jawab... Di Butik Haqqi.. yeayh!!
memudahkan dengan adanya kedai sebegini
ReplyDeleteSenang shopping satu tempat je semua ada
ReplyDeletesenang.. semua kelengkapan under one roof..
ReplyDelete