Kenapalah aku tak pernah tahu sejenis air ini. Dikatakan air nabez bagus di minum sewaktu bulan puasa ini. Dari pembacaan aku di group wassap, air nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. Wah, baru kini ku tahu, khasiat air nabez yang selama ini di amalkan oleh orang orang terdahulu.
Bahan-bahan Untuk Membuat Air Nabez Dan Di Minum Setiap Kali Sahur |
Air ini di katakan membantu badan untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin yang berbahaya didalam tubuh. Sangat berguna sebagai detox. Disebabkan air nabeez tinggi dengan kadar fiber, ini mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan serta menajamkan fikiran agar anda tidak mudah lupa.
Bagusnya, bolehlah di ikuti ni. Buah kurma pun ada di rumah sekarang ini. Barulah sihat dan bertenaga untuk membuat kerja seharian setelah minum air nabez ni. Tak ada lah perut berkeriut berbunyi di sebabkan tak berisi.... huhu!
Caranya sangat senang iitu hanya rendam semalaman. Buat untuk sekali di minum sahaja. jangan pula di simpan lama. Lebih dari 3 hari air rendaman sudah rosak dan masam. Sudah tidah boleh di minum lagi. Sesuai untuk di buang sahaja. Rugi dan membazir. Di bawah ni di sertakan secara khusus cara membuatnya.
Air Nabez, Minuman Sunnah Yang Sesuai Di Minum Setiap Kali Sahur
- Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dalam 500 ml ke 1 liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma. Ada juga yang guna kismis tapi jangan di campur kurma dengan kismis. Kalau nak buat air nabez kurma, kurma sahaja. Kalau kismis, kismis sahaja tau.
- Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum nak tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.
- Pada waktu sahur esoknya air tu sudah boleh diminum.
- Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi pada hari-hari lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Amalkan masa perut kosong.
Nak lebih informasi? klik di SINI
p/s: Jom buat malam ni... bermula dari sekarang setiap hari aku nak minum air nabez kurma... :)
No comments:
Post a Comment