13 April 2018

Tips Untuk Yang Baru Bermula Buat Perniagaan Online

Ramai orang sekarang ni sudah mencari pendapatan sampingan untuk menyara hidup. Sejak media sosial menjadi begitu mudah di ikuti, buat perniagaan online menjadi pilihan ramai orang yang nak berjinak-jinak ke dunia perniagaan. Lebih-lebih lagi buat suri rumah yang bercadang untuk meringankan beban suami menguruskan kewangan.  Buat perniagaan online adalah  paling sesuai di ceburi.

Tips Untuk Yang Baru Bermula Buat Perniagaan  Online
Tips Untuk Yang Baru Bermula Buat Perniagaan  Online
Sebelum menceburi bidang perniagaan online ini kena ada sedikit ilmu. Kalau tidak pun pada ilmu berniaga, sekurang-kurangnya ilmu di media sosial. Platform paling biasa orang buat perniagaan online adalah di facebook dan instagram. Ada juga di laman lain contohnya seperti blog atau website. 


Di sini aku nak kongsi sedikit ilmu berniaga di facebook dan instagram. Kalau buat ikut cara yang betul, insya'allah akan sukses perniagaan tu. Bolehlah menampung perbelanjaan harian dan meringankan pendapatan suami. Orang yang berkerja pun ada yang buat perniagaan online... kan!

Tips Untuk Yang Baru Bermula Buat Perniagaan  Online


- Gunakan nama FB yang betul. Elakkan nama yang pelik juga nama sambungan dari nama sendiri dan produk yang di jual.  Seelok-eloknya letaklah nama sendiri ataupun nama yang senang  di sebut. Nama itulah akan jadi identiti perniagaan nanti.

- Pastikan letak gambar diri sendiri pada gambar profile. Tak nak lah letak gambar bunga, gambar pemandangan, gambar pokok. Gambar anak pun tidak di galakkan. Bukan anak yang menjual... kan! Info profile pun kena betul dan tepat. ( Tak nak lah pekerjaan duduk rumah tanam jagung atau yang bukan-bukan) Oh, tidak yer!

- Penuhkan friendlist di FB iaitu biar penuh 5000 orang. Add orang yang berpotensi suka membeli online. Janganlah ego dan hanya tunggu orang add kita. Kita bukan retis yang orang nak tau pasal kita dan segalanya.. huhu!

- Pastikan FB timeline kita tak penuh dengan perkongsian pelik dan tag dari ramai orang. Ini akan menjadi sebab pembeli akan bosan dan takkan scroll FB kita. Ia pasti akan merugikan kita.

- Gambar produk dan apa jua gambar yang di upload pastikan jelas, cantik dan menarik. Ia menjadi bonus dan tarikan utama pada bakal pembeli.

- Jangan promote jualan setiap  masa. Selang selikan dengan kehidupan anda seharian dan aktiviti perniagaan yang anda sedang buat. Tunjukkan tengah packing atau keluar pergi pos barang ke. Elakkan pelanggan jemu, asyik promote barang jualan sahaja.

- Setiap penampilan di FB kena cantik dan menarik. Walaupun kat luar sebenarnya tak menarik, berkain batik atau pakai baju kelawar sahaja seharian. Semua orang sukakan kecantikan. Pastikan kita dapat menarik hati para pelanggan... yer!

- Selain itu, tingkatkan ilmu perniagaan kita dengan membuka akaun FB Page. Bila ada FB Page ini menampakkan kita lebih berdaya saing dan lebih professional dalam perniagaan. Kelebihan FB Page adalah jumlah likers adalah tidak terhad. Lagi pun Mark Zukenberg tak suka kita berniaga di FB profile. Dia nak kita berniaga di FB Page. Nanti di block begitu sahaja . Dah ramai yang kena.. huhu!

- Di FB profile @ personal, berniaga dengan cara bersosial iaitu tunjukkan produk secara tak langsung. Di FB page, baru tunjukkan seluruh perniagaan kita. Barulah FB tak di block secara tiba-tiba. Jangan selalu dan asyik sangat letak link whatssap anda di FB personal. Nanti kena block tau! Di FB page tak apa... huhu!

- Cara untuk mendapatkan likers, dapatkan dari friendlist FB personal sendiri ataupun menggunakan FB ads. Dengan cara FB ads ini, kena keluarkan sedikit modal juga lah. Selain itu, boleh promote page sendiri di group-group berniaga di FB. Lama-lama makin bertambahlah likers.

- Buat instagram business juga. Instagram business ini lebih camggih dan professional. Instagram ni khalayaknya sama luas dan rasanya lebih lagi dari FB. Boleh kongsi setiap update kita di instagram dan terus share di FB page. Lebih menjimatkan masa dan tak perlu buat kerja 2 kali. 

- Untuk mendapatkan follower di instagram pula, follow orang-orang yang di kenali ramai, macam artis dan selebriti. Pasti akan ada pengikut-pengikut mereka yang akan follow kita. Selain tu gunakan hastag yang betul dan sering di gunakan penjual online. Dari situ juga kita akan dapat follower. 

- Seterusnya rajin-rajinlah promote busines online tu. Jangan 2 -3 hari promote, seminggu hilang dari radar. Pelanggan yang baru nak mendekati jadi tak percaya dengan kita. Ini kerana kita tak konsisten untuk menjual. 

Oklah, itu saja perkongsian yang dapat di kongsikan. Sebenarnya banyak lagi yang perlu diketahui. Bagaimana nak branding, cara engagement dengan customer dan bla bla bla... seterusnya. Aku pun tak berapa faham lagi dan baru bertatih di perniagaan online ni. 

Perkongsian di sini hanya untuk suka-suka aku buat pada team dropship aku. Kalau ada yang nak join team aku ini dan akan di bimbing sampai pandai menjual di FB dan Instagram, sangat-sangat di alu-alukan.  Klik link ini dan hubungi aku, kalau ada yang berminat.. yer!

Laman perniangan.... 



Pelbagai innformasi boleh di kutip di blog ini.... klik SINI

p/s; Nak raya ni... promote business sampai lebam jari... keh keh keh!!!

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...