05 April 2018

Tampal Koyok Pedas Bila Sakit Sendi Dan Sakit Pinggang

Koyok ni sangat sinonim dengan masyarakat Malaysia. Masa kecil dulu pelik bila di sebut koyok macam bunyi menyebut periuk je. Rupanya ia hanya sekeping pelekat berubat yang boleh melegakan salit kepala @ pening, sakit sendi, sakit pinggang juga termasuk sakit urat. Tampal koyok di tempat sakit tu, lega segala kesakitan. Tapi jangan tampal koyok kat tempat luka pula sebab ia bukan plaster luka yer... hehe!

Tampal Koyok Pedas Bila Sakit Sendi Dan Sakit Pinggang
Tampal Koyok Pedas Bila Sakit Sendi Dan Sakit Pinggang 

Masa kecil dulu mak aku rajin juga tampal koyok ni di kiri kanan dahi untuk menghilangkan pening atau sakit kepala. Koyok yang lebar tu, potong kecil-kecil sebesar setem pos dan tampal. Boleh menghilangkan pening kata diorang. Entah kenapa aku tak suka pakai koyok ni. Bukan menghilangkan pening, tambah pening adalah.

Tampal Koyok Pedas Bila Sakit Sendi Dan Sakit Pinggang 


Koyok ada banyak jenis. Ada koyok berubat untuk pening kepala. Ada untuk sakit sendi. Yang untuk sakit sendi tu pun ada beberapa tahap kepanasannya. Dari yang semi panas hinggalah yang pedas dan panas panas meletup cap cili. Macam-macam jenis cap cili ada di jual. Cap cili capsicum ini antara yang paling pedas dan panas tau.

Sekarang pun dah ada macam-macam koyok sampai ke koyok kaki untuk buang toksin dalam badan. Koyok buang angin dalam badan pun ada. Dari jenama cap kedai ubat singseh Cina hingga ke cap ubat panadol pun ada di jual. Pilih sahaja yang mana nak di perlukan tampal di tempat yang sakit urat, sakit sendi dan pening-pening tu. Jangan silap tampal sudah...!


Kisahnya baru ni beli koyok pedas untuk tampal di keliling pinggang en. suami sebab dia mengadu sakit akibat tersalah cara mengangkat barang berat. Adalah sekali dua dia pakai. Tak sempat lama pakai dah di tanggalnya. Panas dan pedas berdenyut katanya... tak tahan dia.

Ada baki yang di gunakan tu aku pula pakai. Tampal di buah betis dan keting aku yang pegal linu ni. Tak rasa apa sangat pada aku. Macam rasa sapu minyak urut yang panas tu sahaja. Itu pun sekejap je aku rasa. Mungkin aku lain dari yang lain kot. Dari kecil memang tak suka pakai koyok pening kepala tu sebab rasa makin tambah pening bila pakai.... huhu!

Nak baca cerita merepek meraban aku ..  klik SINI

p/s : Koyok ni zaman P. Ramlee dah ada, kan. Ada satu lagu tu menceritakan kalau pening tampal koyok.. huhu!

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...