Tirai nur ramadan bakal tersingkap lagi tahun ini dalam tak sampai sebulan lagi. Ramai yang lambat ganti puasa sedang bertukus lumus mengharunginya sebelum berakhirnya syaaban ini. Seterusnya tabir nur ramadan akan terbuka luas dan bulan yang mulia akan menjelma. Tingkatkan amalan, tetapkan iman sesungguhnya amalan berpuasa mendekatkan diri kita pada Allah s.w.t.
Sumbangan Nur Ramadan Meringankan Beban Golongan Asnaf |
Sudah jadi kebiasaan dan resam dunia, dalam kehidupan ini ada yang senang dan ada yang kurang serta tidak berkemampuan. Ada juga yang asalnya senang merasa susah akhirnya kerana ketua keluarga tak punya pendapatan tetap. Apatah lagi bila ada anggota keluarga yang sakit terlantar dan memerlukan rawatan. Yang merasa dan menanggung kepayahan ini saja yang tahu tentang keperitan hidup yang mereka alami.
Hidup di bandar besar seperti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memang sungguh mencabar bagi yang tidak berharta dan tidak berkemampuan. Jadi, program sumbangan Nur Ramadan ini bagaikan pelita di malam gelap nan sepi bagi golongan asnaf, anak yatim, warga emas, ibu tunggal, OKU dan seumpamanya. Bolehlah meringankan beban mereka dan merasa sedikit kehidupan indah seperti orang lain. Apatah lagi Aidilfitri hampir menjelang tiba.
Program Nur Ramadan Kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Yayasan Al-Bukhary, dan Yayasan Wilayah.
Program Nur Ramadan ini diadakan di 13 kawasan Parlimen di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan dihadiri golongan asnaf, anak yatim, warga emas, ibu tunggal, OKU dan mereka yang kurang berkemampuan. Kesempatan yang ada dimanfaatkan oleh MAIWP untuk menyalurkan bantuan zakat kepada mereka yang layak. Sejumlah RM1.35 juta telah disalurkan kepada 9,000 orang penerima di mana setiap mereka menerima RM150.
Program sumbangan Nur Ramadan di ungkapkan agar dapat memberi sinar kebahagiaan untuk semua dan untuk kesejahteraan rakyat jelata.“Mudah-mudahan penyampaian sumbangan Nur Ramadan ini akan memberi sinar kebahagiaan kepada golongan kurang berkemampuan,” kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika berucap merasmikan program Nur Ramadan parlimen Lembah Pantai.
Gambar Di Majlis Sumbangan Nur Ramadan Untuk Golongan Asnaf |
Pada perkembangan sama, beliau turut mengumumkan sumbangan wang tunai sebanyak RM30,000 dari Yayasan Wilayah Persekutuan untuk menaik taraf kemudahan Masjid Ar-Rahah, Kerinchi, Lembah Pantai. Ini tandanya syiar Islam akan terus menjalar dan mantap di hati sanubari warganya. Program Nur Ramadan ini turut melibatkan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Yayasan Al-Bukhary, dan Yayasan Wilayah.
Dalam kemuncak program Nur Ramadan pada 16 Jun, MAIWP turut menyalurkan sumbangan zakat sebanyak RM100,000 kepada Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur nanti. Seluruh wargakota di layan samarata. Hatta pengemis dan gelandangan jalanan sekalipun tidak di pinggirkan dari arus kemodenan ini.
Indahnya negaraku apabila wargakota berkongsi nikmat kemakmuran negara dengan seluruh penghuninya tanpa mengira darjat dan pangkat serta keturunan. Itulah nikmat Nur Ramadan yang menerangi seluruh wilayah yang indah permai ini... Sayangi bandarayaku, sayangi DBKL, sayangi Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur ibu negaraku, ibu pertiwi... huhu!
Nak lihat lebih informasi di blog ini, klik SINI
p/s : Tetiba lagu 'aku negaraku' terlintas di fikiran, sebak la pulak... aish-aish!
#pic fr google
Syukurlah untuk diorang semua
ReplyDeleteSelalu kalau cakap pasal zakat, ade je yang cakap tak sampai ke golongan yang sepatutnya...sebabtu ada bagusnya program-program macam ni, at least kita nampak kemana saluran sumbangan tu...
ReplyDeletealhamdulilah semoga program ni dapat diteruskan
ReplyDeletesebak pulak baca entry ni😂 alhamdulillah dengan adanya program macam ni dapatlah mereka merasa berpuasa seperti orang lain ☺
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Seronok tgk mereka2 ni dibantu.. Moga program spt ini sentiasa diteruskan :)
ReplyDeletealhamdulillah..bantuan yang diberi dpt juga meringankan keluarga atau golongan yang kurang kemampuan..tu menunjukkan mereka yang berkenaan memberi sumbangan sama rata kepada semua rakyat Malaysia... #sayangmalaysia...eh..tetiba patriotik plak..haha
ReplyDeleteProgram mcm ni perlu tetap dteruskan :)
ReplyDeleteSumbangan yang sgt ditunggu tunggu oleh golongan asnaf...
ReplyDeleteprogram mcm ni sememangnya bagus dan harap akan diteruskan setiap tahun ...
ReplyDeleteTak salah berkongsi kegembiraan bg yg memerlukan. Usaha murni ni sepatutnya diteruskan sampai bila-bila...
ReplyDeleteProgram macam ni kena dihebahkan supaya sebab ramai yang ingin menyumbang tapi tak tahu saluran yang mana.
ReplyDeleteCN puji inisiatif DBKL 👍
Alhamdulillah.. program yg sgt baik
ReplyDeleteAlhamdulillah semoga usaha yang baik ini diteruskan supaya golongan yang berhak mendapat bahagian mereka
ReplyDeleteAlhamdulillah. Subangan bagi meringankan beban para asnaf ini sangat ditunggu2 oleh mereka.
ReplyDeleteAlhamdulillah masih ada yg perihatin nasib golongan yg kurang kemampuan ni kan
ReplyDeleteAlhamdulilah. Syukur. Masih ada yg mengingati mereka. Smoga program ini diteruskan smpai bila bila.
ReplyDeletealhamdulillah ada majlis begini.
ReplyDeleteJanji Kita
Tak tau pula ada program ni. Nanti Jessie sharing ya. Penuh makna. Harap teruskan sampai bila bila
ReplyDeleteAlhamdulillah..semoga program ini akan sentiasa diteruskan
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Sumbangan gini dapat tolong golongan asnaf dll merasai kemeriahan Ramadhan dan syawal mcm org laen jugak
ReplyDeletesyukur... dengan adanya bantuan sumbangan seperti ini... sokong untuk diteruskan...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. sumbangan Nur Ramadhan ni patut diteruskan! :D
ReplyDeleteTak lama dah nak raya. Eh nak puasa..selamat berpuasa
ReplyDeleteAlhamdulillah... Moga bantuan sebegini meringankan bebanan mereka yang memerlukan.
ReplyDeleteProgram ni bagus sangat.. boleh mengurangkan Bevan rakyat
ReplyDeleteAlhamdulillah murah rezeki kita kalau selalu bersedekah kan..
ReplyDeleteAlhamdulillah moga dengan bantuan ini dapatengurangkan sedikit kekurangan yang ada
ReplyDeleteIndahnya bulan ramadhan bila ramai yang memberi sumbangan kepada mereka yg memerlukan.
ReplyDeleteAlhamdulillah puasa sangat bermakna bagi yang memerlukan
ReplyDeleteprogram mcm ni wajar diadakan..memang terbaikk
ReplyDeletealhamdulilah ringan beban mereka
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Ianya dapat meringankan beban orang yang memerlukan. Semoga program macam ni berterusan
ReplyDeleteDapatlah meringankan beban golongan asnaf, anak yatim, warga emas, ibu tunggal, OKU merasa sedikit kehidupan indah seperti orang lain.
ReplyDeleteSemoga program program macam nih diteruskan untuk membantu mereka yang memerlukan
ReplyDeleteAlhamdulillah. Moga usaha murni ini dapat di teruskan
ReplyDeleteBagus ada bantuan macam ni, dia orang pun nak bergembira jugak kan :)
ReplyDeletesama-sama dapat merasa dengan berkongsi rezeki seperti ini
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Seronok lihat org lain seronok...
ReplyDeleteLebih banyak program sebegini, insyaAllah makmur sentosa Malaysia. Moga Malaysia sentiasa berada dalam kemakmuran. Sebak juga bila terbayang perasaan masyarakat yang dibantu.
ReplyDeleteLagi dua minggu nak puasa. Dok baca review buffet makanan je.hari ni baca entry kak, sedih rasa. Meraikan mereka yang memerlukan. Bantuan tu boleh guna buat modal meniaga..
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga program ini dapat diteruskan
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semoga sentiasa diberkati ntk semua org yg terlibat.
ReplyDeletebestnya bila kebajikan terjaga sentiasa
ReplyDeleteTahniah kerajaan WP atas inisiatif yang memfokuskan rakyat! - Mak Lin, Blog #CeritaMak
ReplyDeletesemoga program ni di teruskan sampai bila-bila supaya mereka yang susah beraga gembira dan tak rasa beban sebab ada yang sudi bantu
ReplyDeletebagus de program camni.. ptt diteruskan
ReplyDeleteSyukur di atas bantuan yang diberikan. Dapat juga meringankan sedikit beban penerima.
ReplyDeletesatu program yang beri manfaat pada masy terutama golongan asnaf. perlu lebih byk hebahan dan diluaskan program sebegini
ReplyDeleteProgram mcm ni lah yg sgt bermanfaat utk rakyat. Alhamdulillah,moga diteruskan =)
ReplyDeleteSemoga usaha murni ni berterusan membantu golongan asnaf bandar
ReplyDeleteUsaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.
ReplyDeletealhamdulillah, semoga program ini memberi manfaat yang sepatutnya kepada penerima nya.
ReplyDelete