24 April 2018

Semak Tracking Poslaju Di Apps Telegram Melalui PandaiBot

Kebiasaannya bila kita nak semak nombor jejak sesuatu bungkusan atau di panggil no. tracking adalah melalui laman web poslaju. Ada cara yang paling mudah iaitu semak tracking poslaju di apps telegram melalui pandaibot. Amat mudah sungguh nak semak tracking pos laju di apps telegram ini. Hanya beberapa langkah di Pandaibot, dah dapat maklumat tracking seperti yang di ingini.

Semak Tracking Poslaju Di Apps Telegram Melalui PandaiBot
Semak Tracking Poslaju Di Apps Telegram Melalui PandaiBot

Nak jejak tracking ni kenalah ada apps telegram di telefon atau boleh juga login ke laman telegram di PC. Aku dapati menggunakan apps telegram melalui pandaibot ini lebih memudahkan aku untuk semak tracking poslaju daripada melalui laman web poslaju yang sedia ada tau. 


Caranya selepas dah ada apps telegram, taip sahaja pandaibot di search telegram itu. Seterusnya secara automatik laman pandaibot akan tertera. Klik pandaibot itu dan start. Selepas itu akan di beri beberapa arahan untuk melakukan berbagai perkara.

Semak Tracking Poslaju Di Apps Telegram Melalui PandaiBot


Untuk menggunakan sebagai semakan tracking, hanya tekan slash (/). Akan keluar arahan samada untuk capaian help atau poslaju, Pilih poslaju dan seterusnya tulis no. tracking yang  hendak di semak. Mudah bukan.... Hanya di hujung jari sahaja dah dapat maklumat itu. 

Aku memang memerlukan carian yan pantas untuk mendapatkan informasi terkini bungkusan yang di hantar kepada para pelanggan. Cukup mudah untuk aku salin balik rekod track dari poslaju itu dan tampal (paste) di whassao pelanggan. Tak perlu nak screenshoot lagi kalau seperti menggunakan laman web poslaju. 

Pandaibot ini sebenarnya selain untuk urusan poslaju, ada macam-macam informasi boleh dapat. Tekan ' /help '. Banyak carian dan maklumat boleh di dapati di sini. Antaranya, selain poslaju, khidmat dari penghantaran pos menggunakan kurier lain pun boleh di buat carian di pandaibot ini. Cuma guna slash (/) dan di ikuti dengan nama kurier, Selepas tu akan dapat arahan untuk memasukkan nombor track mereka. 

Ramalan cuaca, waktusolat, kamus, news, spr, ccid dan banyak lagi ada di laman pandaibot ini.  Boleh juga buat sesuatu seperti tak nak simpan nombor telefon seseorang tetapi ingin whassap atau sms mereka. Gunakan ' /wa  ' sahaja .Taip dan terus klik send. Akan di beri sedikit arahan dan seterusnya menaip nombor  yang di kehendaki. Ada sedikit arahan, dah boleh di gunakan. Senang kan...!

Nak dapat lebih informasi di blog ini... klik SINI jer...!!

p/s: Jangan tunggu lagi, perkara yang menyenangkan ini wajar di kongsi...hehe!

1 comment:

  1. Pandai bot ni hehe.. Bagus ni utk peniaga 😂😂

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...