Membeli belah secara online telah menjadi budaya terkini masyarakat sekarang. Justeru itu, kadang-kadang pembeli online akan terjebak dengan penipuan. Jadi, semak akaun penjual online di laman CCID sebelum membeli barangan secara online. Bagus sungguh ada laman web sebegini. Ia sangat membantu orang ramai dari di tipu oleh penjual online yang tidak bertanggungjawab. Lain kali jangan lupa semak akaun penjual online di laman CCID sebelum membeli barangan secara online tau.. huhu!
Semak Akaun Penjual Online Di Laman CCID Sebelum Membeli Belah Secara Online |
Apa itu CCID? CCID (Commercial Crime Investigation Department) atau Jabatan Siasatan Jenayah Komersil adalah salah satu bahagian dalam Jabatan Polis Di Raja Malaysia. Dulu, maklumat akaun penipuan ini hanya untuk kegunaan PDRM sahaja. Tapi kini sudah di perluaskan penggunaaan dan kaedahnya untuk kegunaan orang ramai.
Sebelum membeli sesuatu barang di laman jualan online samaada di FB, IG, dan apa saja jualan secara online, seeloknya semaklah di laman CCID ini. Mudah sangat untuk menyemak akaun si penjual. Hanya di hujung jari sahaja. Sekiranya si penjual pernah ada rekod menipu, rekodnya akan terpapar di skrin. Jadi boleh batalkan niat untuk membeli.
Walaupun begitu, kita mesti sentiasa berwaspada. Penjual yang ada rekod menipu pembeli ini, biasanya adalah seorang yang licik. Bukan hanya ada satu akaun, malah berpuluh akaun yang di gunakannya. Jadi kena berhati-hatilah sekiranya di tawarkan sesuatu harga yang tak munasabah atau tak masuk dek akal. Tak perlulah membeli dan melayan penjual sebegitu walaupun akaunnya tiada rekod di CCID.
Apa yang perlu di lakukan pembeli adalah dengan mendapatkan akaun bank penjual. Buka laman web CCID iaitu http://ccid.rmp.gov.my/semakmule. Masukkan no. akaun penjual dengan tulisan yang rapat tanpa jarak. Selepas tu sahkan captca yang di beri. Seterusnya tu tekan semak maklumat. Dah dapat apa yang di perlukan. Senang je kan!!
Selepas ini, tak mudahlah lagi orang nak menipu orang ramai secara online lagi. Lebih selamat dan boleh lebih berhati-hati selepas ini. Dapatlah membeli belah secara online dengan senang hati tanpa rasa was-was untuk di tipu. Walau apapun kena beringat untuk sentiasa berwaspada... yer!!
Nak lebih lagi informasi yang bermanafaat, lihat di SINI
p/s: Ingat yer... jangan lupa semak di CCID sebelum membeli belah online tau....!
No comments:
Post a Comment