01 April 2018

Resepi Mandai Dari Kulit Cempedak, Yang Tak Terfikir Boleh Jadi Makanan Lazat

Kalau tidak kerana FB, aku sampai sudah tak tahu yang kulit cempedak boleh di jadikan lauk sedap dan lazat. Resepi mandai dari kulit cempedak ini memang canggih sungguh. nampak pelik tapi benar. Tengok resepi mandai dari kulit cenpedak ini pun macam senang sahaja nak buat. Jadi, tak payah susah-susah cari lauk. Boleh makan lauk mandai bila ada buah cempedak.

Resepi Mandai Dari Kulit Cempedak, Yang Tak Terfikir Boleh Jadi Makanan Lazat
Resepi Mandai Dari Kulit Cempedak, Yang Tak Terfikir Boleh Jadi Makanan Lazat

Buah cempedak memang banyak kat kampung aku. Bila musimnya, puas jugalah makan. Harga buah cempedak yang di jual di kedai kat bandar lebih kurang sama macam durian juga. Harga cekik darah mahal nak mampus. Cempedak goreng pun dah di jual RM1 sebutir. Kalau dah boleh makan kulitnya tu dah bagus sangat lah... huhu!

Resepi Mandai Dari Kulit Cempedak, Yang Tak Terfikir Boleh Jadi Makanan Lazat


Mula-mula kena buat mandai dulu. Bersihkan kulit cempedak yang dah masak dengan membuang kulit luar yang berwarna hijau. Ambil bahagian kulit putih yang berjerami sahaja. Kemudian didihkan air dan padamkan api.

Kemudian masukkan garam dengan secukupnya. Kacau hingga garam larut. Setelah air garam sejuk, tuang ke dalam bekas berisi kulit cempedak. Tutup rapat dan peram selama 3-4 hari. Biar selama seminggu jika mahu rasa sedikit masam.


Selepas proses seperti di sebutkan di atas itu baru boleh di buat gorengan mandai yang sedap. Panaskan minyak di kuali. Masukkan mandai yg dah dijerukkan. Agak-agak suku masak, masukkan bawang dan cili padi dan goreng sehingga warna kekuningan emas terserlah. Kalau suka garing dan kering, biarlah lama sedikit barulah diangkat. Bila sudah siap... Boleh makan bersama nasi panas.

Boleh juga di goreng bersama ikan bilis. Nampak sedap sungguh kan. Benda yang biasa di buang boleh di gunakan jadi sejenis lauk.Tak ramai lagi yang tahu kulit cempedak ni sebenarnya boleh di jadikan lauk .Orang Banjar memang tak buang kulit cempedak. Bagus kan.. ! Sharing is caring... hmm!

Aku terfikir pula, apa kata buat macam ni menggunakan kulit durian pula. Tak cuba, tak tau rasanya. Barulah boleh manafaatkan keseluruhan buah yang mahal tu. Rasanya boleh  kot... Nanti, boleh cuba buat ni. Lepas tu, viral dalam FB. Mesti gempak... kan!

Nak resepi yang macam-macam dan eksotik lagi di blog ini, boleh terjah SINI

p/s: Nasib baik ada FB, banyak benda dari tak tahu jadi tahu banyak perkara... huhu!

#kredit FB Aziela Amin

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...