20 April 2018

Resepi Daging Masak Kicap Lada Hitam Di Sukai Seisi Keluarga

Kalau nak masak lauk daging, resepi daging masak lada hitam inilah yang menjadi kesukaan keluarga aku selain dari masak lauk rendang. Cara masakan resepi daging masak kicap lada hitam ni paling mudah dan ringkas.  Tak macam masak  rendang yang renyah, banyak bahan dan nak di kacau selalu atas dapur dengan masa yang lama.

Resepi Daging  Masak Kicap Lada Hitam Di Sukai Seisi Keluarga
Resepi Daging  Masak Kicap Lada Hitam Di Sukai Seisi Keluarga

Aku buat masakan masak kicap lada hitam ni kelmarin. Dah tak tau nak masak tengahari lauk apa sebab hari-hari pun masak. Jadi, ikut pusingan giliran tapi kadang-kadang bercelaru juga adalah lauk ini. Masaknya mudah sangat cuma daging perlu di rebus sehingga empuk dan lembut. Cara mudah, rebus menggunakan pressure cooker philips aku ni... huhu!

Resepi aku tak ambil an kutip dari mana-mana tau. Ini resepi yang sama di masak oleh mak aku dulu. Kiranya belajar dari mak lah ni.  Rasa kicap yang masin-masin lemak bersatu dengan kepedasan dari lada hitam, mencetuskan kesedapan yang menjilat jari. Ttulah tanggapan aku pada masakan ini... hehe!


Biasanya masakan ini aku main campak-campak dan agak-agak je bahan-bahanya. Biasalah resepi kampung memang macam tu. Nak guna daging batang pinang lagi bagus dan sedap tapi boleh juga gunakan daging tetel. Aku suka daging tetel sebab lemak yang lembut sedap dan harganya pun lebih murah.

Dalam resepi ni aku letak dan tambah kentang. Tak nak letak dan tambah pun tak apa. Sebab aku letak kentang adalah nak memperbanyakkna kuantiti hidangan. Al maklum dah semua seisi rumah suka. nanti tak cukup. Okeylah di sini aku letak resepi daging masak kicap lada hitam ni. Pandai-pandailah korang sesuaikan sendiri ikut citarasa masing-masing.

Resepi Daging  Masak Kicap Lada Hitam Di Sukai Seisi Keluarga


Bahan-bahan:

400g daging
2 biji kentang
1 biji tomato
2 buji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Seinci halia
1 sudu makan lada hitam
1 sudu makan cili kisar
1 sudu makan pes asam jawa
3 sudu makan kicap pekat
Garam dan gula secukup rasa
Air secukup yang di perlukan
Minyak masak secukupnya.

Cara:

Daging di potong kecil dan rebus sehingga empuk dan lembut. Kentang di potong baji kecil-kecil dan di goreng sehingga lembut. Tomato di belah empat atau enam. Bawang besar di hiris kasar, Bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam di tumbuk lumat.

Panaskan periuk atau kuali bersama sedikit minyak masak. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan kekuningan sedikit. Masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan pes asam jawa dan sedikit air.

Seterusnya tumis lagi sehingga memdidih dan masukkan kicap pekat dan bawang besar. Selepas itu masukkan daging yang telah di rebus bersama airnya sekali. Masukkan kentang yang telah di goreng tadi sekali.

Waktu ini agak-agaklah nak kuah banyak atau kuah yang pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan tomato. Kacau-kacau sekejap, bolehlah di angkat. Bolehlah di makan dengan nasi untuk hidangan tengahari atau malam.

Itulah dia resepi ringkas, mudah dan senang kegemaran kami sekeluarga. Setiap seminggu lebih sekali, mesti ada lauk ni jadi hidangan kami sekeluarga tanpa rasa jemu. Tak susah membuatnya cuma yang jadi lama kerana perlu tunggu rebus daging sampai lembut je.

Nak resepi lagi....  klik SINI yer!

p/s: Selain daging, resepi ni boleh juga di olah untuk masak lauk  ikan, ayam dan telur.  Nama glamour lauk ni biasanya orang panggil daging masak blackpepper.. apa-apa je lah!!

2 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...