Nak hampir dengan musim perayaan ini, ramai penjual online yang menjual barangan dan pakaian. Dalam banyak-banyak tu, ada terselit scammer memerangkap mangsa dengan harga yang murah tapi sebenarnya barang tak wujud. Janganlah mudah terpedaya dengan scammer yang memerangkap mangsa untuk terpedaya. Selepas itu sekelip mata ia menghilang.
Hati-hati Dengan Barangan Jualan Murah Online, Scammer Memerangkap Mangsa .... |
Sebelum membeli barang online, pastikan penjual itu boleh di percayai. Jika laman web jualan yang terkenal dah tentulah boleh di percayai tapi kalau penjual perseorangan memang kena berhati-hati. Seelok-eloknya teliti dahulu latar belakang penjual. Berhati- hatilah... yer!
Sekiranya penjual ini baru mengwujudkan laman jualannya memang kita harus dua kali ganda merasa was-was kecuali sekiranya ia orang yang di kenali. Kalau setakat tengok barang jualannya cantik-cantik dan murah-murah jauh daripada orang lain, janganlah tergoda. Mesti ada sesuatu yang tak kena.
Hati-hati Dengan Barangan Jualan Murah Online, Scammer Memerangkap Mangsa ....
Dah banyak orang ramai yang terkena dengan penjual barangan dan pakaian murah sebegini. Baju yang biasanya di jual dengan harga melebihi RM100, boleh pula di jual dengan harga beli 3 helai dapat RM100. Memang tak munasabah langsung harga yang di beri. Sudahlah begitu, gambar pakaian pula di ambil dari gambar syarikat-syarikat yang di kenali di online.
Para pembeli pula, bila dah terkena dan tak dapat menghubungi penjual sebab sudah menghilangkan diri, meminta syarikat dalam gambar yang di tunjukkan penjual bertanggungjawab. Memang syarikat tak boleh berbuat apa-apa sebab itu bukan dari mereka. Yang boleh di lakukan hanya memberi nasihat pada pembeli online agar tak tekena macam tu lagi.
Jadi, beringat sebelum terkena. Carilah penjual dan agen yang sah dari syarikat-syarikat jualan online yang boleh di percayai.Periksa latar belakang dan testimoni penjual. Baru boleh buat keputusan utntuk membeli. Kalau tidak, rugi dan berputih mata lah....
Aku adalah salah seorang penjual online dan agen yang sah pada lebih dari 10 butik jualan online dari seluruh Malaysia. Kalau nak membeli dengan aku... sudah pasti akan di layan sebaiknya. Dan di jamin berpuashati tau.
Untuk membeli dengan aku... Sila ke butik online aku yer. di nurbeautyanggun.com Sudah berkecimpung di bidang jualan online ini selama lebih dari 5 tahun. Dah bermacam-macam dugaan yang aku terima tau. Kini aku kalis dugaan dan cabaran dari pembeli online... cewwahh... huhu!
Nak lihat pelbagai informasi di blog ini klik SINI
p/s : Sempat promote butik online sendiri tu... hahaha!
Hmm kalau bab menipu dan jadi scammer jual online ni banyaknya kat FB. Kat laman web ni agak jarang ...namun ada.
ReplyDeleteJadi kena hati2 la skit. Baca review dari sumber lain.
memang kena hati2..sebab tu nik rajin online shopping dekat website yang famous2 ni je..hermo ke..lazada..hahahha
ReplyDelete