11 April 2018

Cara Ukur Badan Dengan Betul Untuk Pembelian Pakaian Secara Online

Ada yang pembeli online merungut baju yang di terima tak boleh  di pakai dan menyalahkan yang pembelian online ni tak bagus di sebabkan susah nak pastikan ukuran.  Jadi, adalah sangat penting mengetahui cara ukur badan dengan betul untuk membuat pembelian pakaian secara online. Bukannya susah mana pun. Cuma kena ada sedikit ilmu untuk mengetahui cara ukur badan dengan betul sebelum memilih saiz yang sesuai dan muat di pakai. 

Cara Ukur Badan Dengan Betul Untuk Pembelian Pakaian Secara Online
Cara Ukur Badan Dengan Betul Untuk Pembelian Pakaian Secara Online 

Banyak terjadi perkara sebegini iaitu pelanggan tak meneliti dengan betul dan tepat carta yang di beri oleh pejual online. Setiap badan orang tidak sama ukurannya. Jadi adalah sangat perlu mengukur sendiri tubuh badan anda dan bandingkan dengan ukuran yang di beri oleh penjual. Kalau dah ukur dengan betul dan tepat sudah pasti masaalah ini takkan terjadi

Cara Ukur Badan Dengan Betul - A
Cara Ukur Badan Dengan Betul - A

Cara Ukur Badan Dengan Betul - B
Cara Ukur Badan Dengan Betul - B

Cara Ukur Badan Dengan Betul - C
Cara Ukur Badan Dengan Betul - C

Biasanya penjual akan memberi pilihan beberapa saiz iaitu yang paling kecil XS, S, M, L, XL 2XL, 3XL dan seterusnya jika ada. Pilihlah mana saiz yang terdekat dengan ukuran diri anda. Tak susah mana pun nak mengukur diri sendiri. Peralatan yang di perlukan hanyalah sebuah pita pengukur yang biasanya digunakan oleh tukang jahit. Murah sangat harga pita pengukur tu. Tak sampai pun RM5 sahaja. 


Belilah satu pita pengukur dan simpan di rumah. Kalau terdesak tak ada pita ukuran, boleh gunakan pembaris biasa yang pendek tu, yang biasa di gunakan oleh budak sekolah. Untuk mengukur cuma perlu guna tali dan selepas tu, ukur panjang tali tadi dengan pembaris. Leceh, tapi bolehlah juga daripada tak ada.


Cara Ukur Badan Dengan Betul Untuk Pembelian Pakaian Secara Online 


Ukuran standard rakyat Malaysia lebih kurang sama sama sahaja. Jadi boleh di gunakan untuk semua. Kiraaan ukuran ini hanya anggaran. Itu sebab yang paling utama adalah ukur diri sendiri. Di sini, aku  bagi pelbagai ukuran yang biasa di guna pakai. Gambar cara-cara mengukur pun disertakan di artikel ini. Kalau tak boleh juga untuk  membuat ukuran dengan betul, Tak tahulah nak cakap macam mana... huh!

Saiz Baju

XS  - 34
S - 36
M - 38
L - 40
XL - 42
2XL - 44
3XL - 46
4XL - 48
5XL - 50
6XL - 52
7XL - 54
8XL - 56

Saiz Seluar

XS =  25-27
S = 27-29
M = 29-31
L = 31-33
XL = 33-35
2XL = 35-36
3XL = 36-40
4XL = 40-45
5XL = 45
6XL = 45

Jika anda betul-betul mengikut ukuran ini dan juga carta ukuran yang di beri oleh penjual online, masalah tidak muat, terlebih besar, lebih kecil,  atau tidak boleh di pakai tidak akan berlaku. Ini terbukti pada aku yang biasa membuat pembelian pakaian secara online. Semua pakaian yang aku beli untuk kami sekeluarga sedang elok sahaja di pakai macam di tempah khas... hihi!

Memang ada orang yang bertubuh rendah atau katik, bahagian punggug dan dada lebih besar dari biasa atau bahagian tangan lebih pendek. Rasanya orang yang macam tu, jika mahu membeli online terpaksalah membuat sedikit pengubahsuaian sendiri selepas membeli. Yang ada bahagian tubuh  lebih besar, ambillah satu saiz lebih dan kecilkan pakaian pada bahagian yang kurang besar. Itu sajalah penyelesaiannnya.

Jika dah ukur dengan teliti dari segala hal setiap ukuran dan mendapati baju yang di terima tidak seperti ukuran dalam carta, pelanggan berhak mendapat gantian ataupun mendapat pemulangan kembali wang mereka. Ini memang dah termaktub sebagai hak pembeli. Jadi, jangan risau untuk membuat pembelian online. Kecuali anda tidak membuat ukuran dengan betul. Andalah kena bertanggungjawab. Dengan sedikit ilmu,. pembelian anda pasti akan sukses dan anda akan berpuashati.

Untuk yang bercadang membeli pakaian secara online. boleh beli pakaian online di butik nurbeautyanggun.com. Anda akan diberi tunjuk ajar macam mana mengukur dengan betul dan pasti anda akan berpuas hati dengan pakaiain dan barangan yang di beli. Tak percaya...? Tak beli, tak tahu lagi. Belilah dulu, anda pasti akan nak beli lagi di situ.

JOM SHOPPING ONLINE DI SINI :


Hahaha... lebih promote plak dah!! Nak dapat diskaun...? Klik SINI

p/s: Jom..jom.. hebahkan nurbeautyanggun.com.... Ewahhh... ceh ceh ceh.. review butik sendiri nampak??? 

4 comments:

  1. tak berani nak beli online... takut tak muat walaupun dah ukur... huhuhuh


    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #34. maaf, baru sempat nak blogwalking ni.

    blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2018/03/senarai-url-blog-34.html

    pemenang akan diumumkan pada malam ini... gud luck!

    ReplyDelete
  2. sy mmg suka beli online je. ALhamdulillah, ok, kena ngan badan nii

    ReplyDelete
  3. Beli online best, CUma tu lah, takut tersilap saiz. Hihi. TQ for the tips Akma!! :D

    Nway, jemput join giveaway Siqah pula ye :)

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    ReplyDelete
  4. baju aida x berani nak beli online.
    badan sedap2 gini memang nak kena fitting :-) ha ha
    But tips ni memang membantu in shaa Allah.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...