17 April 2018

Cara Nak Dapatkan Dan Simpan Video Dari FB Dan Youtube

Kengkadang aku ni ketinggalan juga dalam mengadaptasi sesuatu dari media sosial ni. Salah satunya nak cara dapatkan dan simpan video yang di kongsi oleh ramai orang di media sosial. Yang paling meriah di kongsi adalah di FB. Belajar dengan anak-anak, sekarang aku dah tahu caranya. Mudah saja rupanya cara nak dapatkan dan simpan video dari FB dan Youtube ni. Selepas ini kalau nak kongsi dengan kawan-kawan di group whatssap pun boleh lah... hehe!

Cara Nak Dapatkan  Dan Simpan  Video Dari FB Dan Youtube
Cara Nak Dapatkan  Dan Simpan  Video Dari FB Dan Youtube

Aku suka dengan video masakan yang banyak di kongsi orang di dalam FB. Kengkadang nak cari balik video tu mengambil masa yang lama. Kalau dah siap di simpan dalam memori kad di telefon bimbit, senang jadinya. Jadi, apabila nak masak, tinggal buka saja video di telefon. Bolehlah meniru cara masakan yang di tunjukkan dengan jayanya... huhu!

Yang sebenarnya aku buat entri ni untuk diri sendiri. Seringkali aku lupa laman web yang boleh ekstrak video dan simpan atau kongsi dengan orang lain ni. Nama laman web itu adalah 'SAVEFROMNET'. Google kan saja nama ni pasti boleh terjumpa. Amat mudah sangat tau...!


Selepas tu dapatkan link video yang nak di gunakan atau di simpan dari FB, Youtube dan mungkin juga instagram. Tapi dari instagram aku belum cuba lagi.  Boleh juga kot. Nanti aku nak try ambil video dari sana pula. Mana tau boleh plak.

Copy link yang di kehendaki itu dan paste ke laman web tu. Seterusnya klik download. Video itu akan terus tersimpan ke galeri telefon bimbit. Senang sangat tapi nak cari link video tu agak rumit sikit. Bukan semua video di FB boleh di copy linknya. Kadang-kadang ada buat video yang tak boleh di copy dengan mudah. Kalau macam tu, bertabahlah, cari video yang lain... heh!

Itu sahajalah yang aku nak kongsi di sini. Nak kutip dan simpan video banyak-banyak ni. Biasanya tentang resepi dan masakanlah yang aku paling suka. Selain tu video lagu-lagu lama dan video karaoke yang aku suka dan minat. Bila datang boringnya tu bolehlah aku karok sesorang..hihi!

Nak baca lagi informasi blog ni.. klik SINI

p/s : Ramai je dah tau berkenaan benda ni.. yang dah tau, abaikan. Aku ni je ketinggala ketapi.. huh!

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...