30 April 2018

Buat Jeruk Daging, Mudah Saja ....

Aku biasanya lihat di FB orang jual dan kongsi cerita tentang jeruk daging ini. Mula-mula tu aku buat tak kisah sahaja. Tapi suatu hari aku tetiba teringin nak merasa jeruk daging ini. Nak beli jeruk daging ini dari pembuatnya di FB, tak boleh pos pula sebab berair katanya, Nak ambil COD kena beli banyak pula. Aku hanya nak merasa saja. Bukan untuk menjual atau jadi ejen.

Buat Jeruk Daging, Mudah Saja ....
Buat Jeruk Daging, Mudah Saja ....

Jadi, aku pun google lah resepi jeruk daging ni. Mudah sahaja sebenarnya buat jeruk daging ini. Bahan asas hanya dagimg, limau (tak kisahlah limau nipis, limau kasturi atau lemon) dan garam. Dulu-dulu opah aku biasa buat pekasam daging guna nasi, asam gelugor/keping dan garam, Tapi yang ini lain dari yang lain... kan!


Suatu hari en. suami beli daging untuk buat masak kicap lada hitam. Aku asingkan secawan daging ini untuk aku buat jeruk daging. Untuk buahb limau, aku guna buah limau kasturi yang sememangnya ada di dalam peti ais. Jadi, mulalah aku membuatnya. Resepi yang mudah sangat.... alahai!

Buat Jeruk Daging, Mudah Saja ....


Bahan-bahan:

1 cawan daging
5 biji limau kasturi
2 sudu makan garam halus


Cara-cara: 

Bersihkan daging dan potong ikut suka. Selepas tu gaul dengan garam halus. Potong melintang limau kasturi sekeping demi sekeping. Buangkan bjinya yer. 

Selepas tu susun selapis demi selapis limau kasturi dan dagimg di dalam bekas. Simpan di dalam peti ais bahagian bawah selama 3 - 4 hari.

Selepas itu, boleh asingkan limau kasturi dari dalam bekas daging. Daging bolehlah di goreng bersama cili api/cili merah dan bawang merah.

Sedap rasa daging tu. Terasa masam dan masinnya yang menyerlah di tekak. Apatah lagi di tambah dengan rasa pedas cili dan bawang goreng. Nanti masuk bulan puasa, aku nak buat lebih sikit daging jeruk ni. Boleh makan dan buat lauk masa bersahur.

Nak lihat pelbagai resepi sedap di blog ni... klik SINI

p/s : Pertama kali buat dah jatuh terpikat dengan kesedapan jeruk daging.. Tak boleh buat selalu juga nanti bertambah-tambah makan nasi, bertambahlah berat... huhu!

2 comments:

  1. boleh terasa tau sedapnya tu! Nanti bulan puasa nak buat jugak lah

    ReplyDelete
  2. Halamak, sedapnya jeruk daging ni! Mkndgn nasi panas-panas, aduhai.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...