14 March 2018

Resepi Kepak Ayam Madu Leleh Yang Mengujakan

Kebiasaannya aku suka beli makanan kepak ayam madu leleh ni di pasar malam tak jauh dari rumah. Anak-anak suka sesangat membeli makanan  ni. Mana tidaknya, dengan rupa dan warnanya yang berkilat cantik tu nampak sangat lazat dan menyelerakan. Tiap-tiap minggu, ini menu wajib beli di pasar malam. Aku pun google  resepi  kepak ayam madu leleh ni.

Resepi Kepak Ayam Madu Leleh Yang Mengujakan
Resepi Kepak Ayam Madu Leleh Yang Mengujakan

Anak perempuan bongsu aku yang paling rajin pergi membeli ke pasar malam usai balik dari sekolah setiap hari Rabu. Dia bersekolah petang dan pasar malam tu pula bersebelahan dengan sekolah dia. Terfikir di hati untuk membuat sendiri masakan kepak ayam madu macam di pasar malam tu. Mengujakan sungguh rasanya, meleleh aur liur... hehe!


Bila dah tengok resepi, baru ku tahu kena rebus ayam tu dulu sebelum di bakar atau di goreng.  Bahan pun tak lah banyak mana. Caranya pun agak senang lah juga. Ada dua pilihan, cara bakar atau goreng. Untuk resepi lebih sihat, eloklah di bakar. Tapi aku bakar dalam oven jelah nanti. 

Resepi Kepak Ayam Madu Leleh


Bahan-bahannya:

6-7 ketul kepak ayam (atau bahagian lain mengikut pilihan anda)
5 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos barbeku (jika mahu)
2 cm halia | ditumbuk halus
4 -5 ulas bawang putih -  ditumbuk halus
Madu secukupnya
Minyak untuk menggoreng


Cara memasak:

- Rebus ayam seketika. Ketepikan.
- Satukan semua bahan untuk membuat sos perapan kecuali madu. Kemudian perap ayam selama ½ jam atau lebih.
- Kemudian panggang tapi  kalau nak goreng pun boleh. sehingga masak.
- Bagi mengelak daripada terkena minyak panas ketika menggoreng ayam, tutup kuali.
- Oleskan madu pada ayam yang sudah siap dipanggang atau digoreng.
- Sos perapan memudahkan ayam untuk hangus jika digoreng atau di bakar terlalu lama. Sebab itulah, sebaiknya rebus seketika ayam anda.
- Bagi mengelak daripada terkena minyak panas ketika menggoreng ayam, tutup kuali.
- Dah siap, bolehlah di nikmati. 

Memang mengujakan sungguh kepak ayam madu leleh ni. Kalau pergi pasar malam, dari jauh dah tercium bau dia. Selepas ni, buat sendiri, bolehlah makan banyak-banyak. Di pasar malam harganya RM3.00 atau RM3.50 satu bergantung pada besar kecilnya kepak tu. Buat sendiri, boleh makan puas-puas... huhu!

Resepi ni untuk senang aku mencari balik bila nak buat nanti... Nak resepi... klik SINI .... Sharing is caring... !!

p/s: Nanti nak beli kepak ayam, nak buat tapi tak bakar pakai arang macam kat pasar malam. Kita bakar dalam oven je...

#kredit FB koleksi resepi masakan ayam

3 comments:

  1. hmmmmmmm...sedapppnyaa....alahaii , dah lah favorite ain ni. :)

    ReplyDelete
  2. Sedap la.. tengok resepi ni teringat bulan puasa selalu beli kepak ayam kat bazar

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...