19 March 2018

Resepi Kek Sarang Semut a.k.a Kek Gula Hangus

Semenjak dua menjak beberapa hari sebelum tu, resepi kek sarang semut dan gambar kek tu lalu-lalang di wall FB aku. Membuatkan aku termengidam dan teringin yang amat untuk merasakan kelazatannya. Maka, gigihlah aku mengangkat oven yang aku simpan di stor dan membuang habuk bagai. Maka terjadilah kek sarang semut a.k.a kek gula hangus sendiri bikin... huhu!

Kek Sarang Semut a.k.a Kek Gula Hangus
Kek Sarang Semut a.k.a Kek Gula Hangus

Dulu-dulu dah biasa buat kek segala macam rupa. Tapi dek rumah yang aku tinggal sekarang ni dapurnya sempit yang amat, kerajinan pun merudum. Habis semua peralatan membaking aku sumbat dalam stor je. Dah dapurnya boleh muat-muat sorang je kat dalam, macam mana aku nak letak oven.. Itu yang terpaksa di simpan dan jadi tukun dalam stor.. haihh!

Akhirnya aku dapat membuat kek sarang semut ini dengan jayanya. Macam biasa, rasanya dah tentu sedap dengan rasa karamel gula hangus yang lazat. Gelap atau cerah kejadian kek sarang semut ni bergantung kepada kegelapan gula yang di hanguskan. jadi, kali ini aku buat lebih gelap dari biasa.


Resepi ini resepi biasa yang aku buat. kalau tengok kat FB, macam-macam stail resepi ada. Resepi aku ni tak perlu perap lebih sejam untuk mendapatkan rongga-rongga sarang semut tu. Aku hanya biarkan sekejap dalam 15 - 30 minit sementara aku membersihkan dan mencuci barang-barang yang telah digunakan. Tapi jangan lupa hidupkan oven dalam 5 - 10 minit sebelum memasukkan adunan kek.

Resepi Kek Sarang Semut a.k.a Kek Gula Hangus


Bahan Karamel
2 cawan gula pasir 
3 sudu besar mentega
2 cawan air panas

Bahan Ayak
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Bahan Blend
7 biji telur gred A
2 sudu kecil esen vanila
1 cawan susu pekat

Cara-Cara :

Masak gula atas api perlahan sehingga jadi karamel dan semua gula larut. Masukkan mentega. Kacau rata. Masukkan air panas sedikit demi sedikit. Masuk sikit, kacau. Masuk sikit, kacau. Buat begitu sehingga habis. Tak de la terpercik sangat. Ketepikan dulu.

Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder dalam bekas besar. Blend telur, esen vanila dan susu pekat hingga sebati. Tuang bahan blend ke dalam bekas tepung tadi. Kacau rata. Tak ada pantang. Kacau sahaja hingga semua sebati. 

Angkat periuk yang ada gula hangus tadi, tuang ke dalam adunan tepung. Panas-panas pun boleh. Hati-hati, ya. Kacau rata. Sediakan loyang. Sapu dalam loyang dengan mentega. Letak penapis di atas loyang. Tuang dan tapis adunan tadi. 

Panaskan dahulu oven dengan suhu 170'C api bawah sahaja. Selepas 10 minit, masukkan loyang adunan. Bakar sekitar 45 hingga 50 minit. (suhu oven dan masa membakar bergantung pada oven masing-masing, yer!

Apabila cukup masa dan kek sudah masak, bolehlah keluarkan. Jika belum masak selepas 50 minit (atas masih lembik), tukar kepada api atas, dan bakar lagi sekitar 5 minit atau hingga adunan masak. Kek seeloknya potong melintang urat untuk menyerlahkan lubang-lubang. Tapi aku tak buat pun, dah tak sabar nak ngap jer... hehe!

Entah di sebabkan sedap sangat atau dah lama aku tak buat kek, laju sungguh anak-nak makan. Tak sempat aku nak ulang makan di malam hari dah habis sepetang hari tu sahaja. Tak apalah, di lain kali kena buat lagi lah kalau macam ni. Sila campak kemalasan yang melanda tu... hahaha!

Nak tengok pelbagai resepi dalam blog ni,  klik SINI

p/s : Masa membakar tu, aromanya sahaja dah membuat hati terpikat, dah rasa apatah lagi. Sedap, gebu, lembut, lemak bersatu di setiap kunyahan... Sendiri bikin, sendiri puji.. haihhhhh!!!

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...