Sekarang ni di mana-mana dalam media sosial merata-rata cerita pasal makcik bawang. Mula-mula tu pelik juga. Bila pula ada makcik-makcik jual bawang ni. Di mana dan siapa makcik bawang tu. Makcik jual goreng pisang ada banyak aku jumpa di tepi jalan.... Yang aku tahu bawang di jual di kedai runcit atau di pasaraya. Makcik bawang ???
Kenapa Makcik Bawang Di Jadikan Jolokan Perempuan Yang Suka Bergossip |
Rupa-rupanya makcik bawang tu istilah perempuan yang suka bergossip menceritakan hal orang lain. Ternganga aku di buatnya. Al kisahnya mendapat jolokan ini dari majlis rewang orang dulu-dulu gotong-royong mengupas bawang sambil bergossip di majlis kenduri.
Ohhh... gitu rupanya. Ingatkan dapat nama dari bau bawang yang kuat atau pedih dari bawang yang bila di kupas sampai menangis tu. Ada lagi ke majlis kenduri yang panggil makcik-makcik bawang mengupas bawang. Majlis gotong royong kat kampung pun sekarang dah pupus... haihh!
Kenapa Makcik Bawang Di Jadikan Jolokan Perempuan Yang Suka Bergossip
Sekarang orang bergossip di alam maya iaitu di FB, Instagram, twitter, whassap dan beberapa lagi laman internet. Jadi yang tertinggal hanya jolokan dan perumpamaan makcik bawang yang memberi maksud perempuan yang suka bergossip. Ada lagi yang tak boleh dilupakan iaitu adik beradik bawang putih dan bawang merah yang meletup dalam cerita sinetron Indonesia.
Bila membayangkan makcik bawang yang di katakan suka bergossip, aku terfikirkan makcik-makcik yang mulut kepochi di tepi lorong yang gigih bersembang dari petang sampai nak masuk maghrib. Makcik-makcik yang berkain batik atau berbaju kelawar.... hahaha!
Makcik-makcik bawang tak payahlah bergossip tentang jiran tetangga sebelah atau belakang rumah tapi kalau gossip pasal artis tak apa. Artis memang mencari dan mencipta publisiti atau gossip. Lagi banyak gossip atau publisiti, lagi terkenal nama di orang.... hihi!
Bergossip di media sosial ni ada risiko yang tersendiri juga. Nanti tak pasal-pasal kena saman. Tak cukup duit nak bergolok bergadai nanti nak bayar di buatnya. Apatah lagi apabila nak bayar guaman dan kos mahkamah. Beringat tau... Gossip pasal artis ajelah yer makcik bawang... hehe!
Nak baca lagi cerita merepek meraban aku di blog ni.... klik SINI
p/s: Bergossip pun kena berhemah tau, jangan pula jadi episod sindir menyindir pula... Punah silaturrahim nanti yer... huhu!
bawang pun kan katanya kalau makan banyak2 ketiak bau busuk
ReplyDeleteso simbolik kepada mulut dan hati busuk juga lah kut
hehehe
simbolik betul maklumlah orang perempuan dengan bawang kawan baik kalau masuk dapur mesti tuju tempat bawang pastu memikir nak masak apa. hehe
ReplyDeleteha ha ha kelakar.
ReplyDeleteRamai member Aida guna perkataan 'makcik bawang'.
Bawang jadik mangsa kan...
Now da tak jumpa makcik2 membawang time kenduri.
Semua pakai katering dah...
Rupanya...no wonder gelaran tu kian famous sekarang kan kak...
ReplyDelete