Kalau sudah baja tanaman boleh di buat sendiri dari bahan-bahan yang terbuang seperti roti tamat tempoh. Alangkah bagusnya. Ini aku dapat tau cara buat sendiri baja dari roti tamat tempoh untuk suburkan pokok. Tak kiralah pokok sayur atau pun pokok bunga. Pokok akan jadi subur dan gemuk seta berbunga dengan buat sendiri baja dari roti tamat tempoh untuk suburkan pokok.
Buat Sendiri Baja Dari Roti Tamat Tempoh Untuk Suburkan Pokok |
Salah satu hobi aku yang tak dapat aku praktikkan lagi adalah bercucuk tanam atau berkebun. Al maklum aku tingggal di rumah yang tak ada halaman, apa lagi tanah. Teringat pada masa bertahun dahulu, aku bercucuk tanam di halaman rumah. Masa tu, walau tinggal di rumah teres sahaja, macam-macam tanaman aku tanam.
Dari pokok bunga, pokok bonsai, pokok sayuran sampailah pokok-pokok perencah masakan semua ada aku tanam walau hanya dalam pasu. Meriah masa tu pokok-pokok aku di halaman dan belakang rumah. Insya'allah tak lama lagi aku akan pindah ke rumah kawasan kampung yang sudah lama aku idamkan. Segala informasi tentang tanaman aku letakkan di blog ini untuk aku gunakan nanti.
Informasi tentan buat baja dari roti berkulat ini aku jumpa di sebuah laman FB. Tak perlu lagi membazirkan wang membeli baja kimia yang mahal dan susah untuk di kendalikan. Cuma yang perlu ada adalah roti dan air serta melalui beberapa proses yang lain, dah siap sejenis baja yang berguna untuk pokok.
Buat Sendiri Baja Dari Roti Tamat Tempoh Untuk Suburkan Pokok
Bahan-Bahan:
4 keping roti lama
2 liter air
Cara Membuat:
- Ambil 4 keping roti dan rendamkan didalam 2 liter *air selama seminggu.
- Selepas seminggu tapis dan campurkan dengan sedikit air sebelum disiramkan pada pokok.
*Sebaiknya gunakan air hujan atau air paip yang ditadah dan biarkan semalaman untuk hilangkan klorin.
Lebihan roti yang tak habis di makan kini boleh di buat baja yang berguna untuk pokok. Baja ini sangat sesuai untuk pokok-pokok yang berbunga. Pokok-pokok sayur dan berbuah, boleh juga di gunakan. Seeloknya siram baja ini pada keseluruhan pokok. Insya'allah pokoka kan sihat dan merimbun. Tak sabar nak mencuba... huh!
Nak lebih informasi di blog ini.... klik SINI
p/s : Terbayang-bayang betapa gemuk dan merimbunnya pokok-pokok tanaman aku nanti.... huhu!
#kredit FB kebun bandar
Tak adalah terbuang je roti.. Bagus perkongsian ini..
ReplyDeleteBagus idea ni ..tq dear
ReplyDeleteroti d rumah shu expired dalam perut. hahaha semua suka makan roti. :)
ReplyDeletelah baru tahu roti yang dah expired atau tak habis tu boleh buat baja rupanya.. good info
ReplyDeletebtul jg tu drpda xabis mkn syg..bgus buat baja..subur pokok hihih
ReplyDeletewaaaahhh. Baru taw. Thanks for sharing!
ReplyDeleteberguna tips ni selalu beli baja yang dah siap tu jee
ReplyDelete