01 March 2018

Bedak Yang Sentiasa Gembira, Bedak Happy, Nostalgia Sungguh Tu ...

Walaupun dah berbagai jenis bedak yang aku beli dan pakai, bedak air nyonya atau bedak happy  ini jugalah yang menjadi pujaan hati. Bedak happy ini jugalah yang membuat rasa keyakinan diri tu ada. Pakai bedak yang lain rasa muka tak selesa dan  muka bagaikan memakai topeng yang tebal sahaja. Haihhh... 

Bedak Yang Sentiasa Gembira, Bedak  Happy, Nostalgia Sungguh Tu ...
Bedak Yang Sentiasa Gembira, Bedak  Happy, Nostalgia Sungguh Tu ...

Bedak ini berbentuk cecair iaitu bagaikan memakai foundation macam sekarang ni. Rasa nyaman dan sedikit berangin dan sejuk sahaja di muka. Bau pun sangat wangi seperti bunga-bungaan. Bedak ini berasal dari Thailand  dan sudah ada di pasaran hampir 100 tahun yang lalu. Legend sungguh bedak ni.... 


Bedak happy inilah yang aku pakai dari kecil sewaktu nak ke sekolah masa di sekolah rendah dulu-dulu.  Bayangkan dah berapa lama aku pakai bedak ini. Sekarang anak-anak perempuan aku pula yang pakai. Inilah bedak muka pertama yang aku perkenalkan pada diorang. Nostalgia tu...

Bedak Yang Sentiasa Gembira, Bedak  Happy .......


Bedak ini bila di pakai, terasa gebu di muka. Walau bukan mengikut warna kulit sebab bedak ini hanya satu warna sahaja tapi ia menampilkan warna semulajadi kulit menjadi cantik dan berona merah jambu yang menyerlah. Itu yang membuatkan aku suka dan gembira dengan bedak ni. 

Bukan tak ada membeli bedak jenama lain tapi untuk pemakaian harian, biasanya bedak ini lah yang paling praktikal. Harga pun jauh lebih murah dari harga bedak yang berjenama. Bedak happy ini biasa di temui di kedai runcit di pinggir bandar dan kampung. Di kedai jamu pun kengkadang ada di jual. 

Aku bila membeli bedak ini dalam sepaket iaitu 6 botol kecil sekali bedak ni. Kengkadang beli yang besar, bila dah tiada yang kecil. Bukan apa, anak-anak perempuan nak angkut balik kolej dan asrama. Senang bila ada stok, tak susah-susah nak mencari dan membeli. Biasa kalau dah beli banyak tu, aku beli di Mydin Supermarket la.

Bagus bedak ni, tengoklah anak-anak gadis aku semua pakai bedak ini. Elok puth gebu je kulit di orang. Harga pun tersangatlah murah. Sebotol kecil boleh dapat dalam RM3 sahaja. Kalau beli sekali banyak macam aku lagi lah murah jadinya. Tak perlu beli bedak yang berjenama pun boleh dapat kulit cantik, gebu dan jelita... hehe!

Nak tengok cerita, informasi di blog ini... klik SINI

p/s: Jom pakai bedak gembira selalu... happy... happy.. hihi!

3 comments:

  1. bedak nie kan nenek dekat kelantan selalu pakai dia kata dari dulu pakai (tak sure pulak zaman dara dah ada ke tak ada bedak nie ) bagus untuk muka terutama untuk muka bermasalah macam jerawat

    ReplyDelete
  2. uishh
    1st time dengar nama bedak nih
    hahaha

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...