14 February 2018

Sebelum Bercuti, Jangan Lupa Simpan Duit Syiling Dalam Peti Ais ....

Hari ni, di FB ramai yang dah punggah barang masuk beg nak pergi bercuti atau balik kampung. Aku terjumpa pesanan ini iaitu sebelum bercuti, jangan lupa simpan duit syiling dalam peti ais. Pada mulanya agak pelik aku rasa. Untuk apa? Rupa rupanya sebelum bercuti, jangan lupa simpan duit syiling dalam peti ais itu ada hikmah dan petuanya. Yang belum tau sebabnya, baca cerita ku ini seterusnya.

Sebelum Bercuti, Jangan Lupa Simpan Duit Syiling Dalam Peti Ais ....
Sebelum Bercuti, Jangan Lupa Simpan Duit Syiling Dalam Peti Ais ....

Pesanan ini di beri oleh seorang uncle yang bernama Uncle Chan. Apa kena mengena  orang tua ni bagi  pesanan pelik macam ni. Boleh buat  syiling tu beranak pinak ke?  Simpan lah duit syiling dalam tabung ke, bekas ke... Mula-mula dapat tajuk ni, memang tertanya-tanya mengapa dan kenapa.. hehe!

Benda ni mudah tapi sangat penting. Ramai orang tak buat sebab tak tau. Bila kita pergi meninggalkan rumah selama berhari-hari, kengkadang ada waktunya bekalan elektrik terputus. Selepas beberapa ketika sambungan elektrik akan bersambung kembali.


Rupanya ini untuk kita mengetahui makanan yang kita bekukan dalam peti ais masih elok atau tidak. Kalau gangguan elektrik berlaku dalam 2 -3 jam masih ok lagi. Tapi di buatnya tiada bekalan elektrik dalam 2 -3 hari, makanan dalam peti ais akan mula rosak.

Selepas tu bila bekalan elektrik disambung semula, makanan beku dalam peti ais akan membeku kembali tanpa kita mengetahui ianya sudah rosak. Di sini kita mesti tak perasan yang makanan di peti ais kita dah tak boleh di gunakan lagi.

Bila jadi tak perasan, mungkin kita akan makan makanan yang sudah membahayan kesihatan kita. Kalau tak berwaspada, boleh keracunan dan masuk  hospital serta boleh membawa maut. Jadi untuk mengelakkan ini. simpan duit syiling dalam peti ais sebelum bercuti ikut langkah Uncle Chan.

Sebelum Bercuti, Jangan Lupa Simpan Duit Syiling Dalam Peti Ais ....


Bahan:

Sekeping duit syiling
Cawan plastik lutsinar
Air

Cara-cara:

Mula-mula isi air dalam cawan sehingga 3/4 penuh. Letak dalam peti ais sehingga ia membeku jadi ais. Selepas tu letak duit syiling di atas ais di dalam cawan tu. Dah boleh pergi bercuti dengan aman.

Sekembalinya balik dari bercuti, jangan lupa lihat syiling di dalam peti ais. Kalau syiling tu masih diatas, bermakna mungkin tiada gangguan bekalan elektrik. Bagus! 

Tapi kalau syiling tu di lantai cawan, bermakna ais tu dah pernah cair sepenuhnya. Mungkin terdapat gangguan elektrik yang lama. 

Buang je lah semua bahan makanan atau minuman yang kemungkinan besar sudah rosak. Jangan ambil mudah, pilih jalan yang paling selamat. Tips yang bagus untuk mengetahui berapa lama peti ais tak berfungsi.... Ya tak!

Biasanya kalau dah rancang perjalanan, aku minimakan barang makanan di dalam peti ais. Kecuali pada percutian yang tak di rancang terlebih dahulu. Apapun petua ini sangat bagus untuk dipraktikkan. 

Nak lebih informasi dan petua klik SINI

p/s: Kongsi cerita ni dari FB je.... Sharing is caring... :)

#kredit FB Rizal Abdullah

6 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...