Bila ada sahaja stok roti yang tak habis di makan dan dekat nak tamat tempoh aku mesti manafaatkan roti tu dari terbuang begitu. Rugi sekiranya membazir dan di abaikan. Anak-nak ni bila tak ada roti bertanya tapi bila dah lama, jemu pula katanya. Jadi, aku gunakan roti ini untuk buat puding roti yang sedap dan senang sangat nak buat. Aku buat puding roti dengan cara kukus. Maka, terjadilah kuih puding roti yang sedap dan senang membuatnya.
Puding Roti Yang Sedap |
Dah berpuluh kali dan mungkin beratus kali juga aku buat puding roti ini. Suka tengok roti yang hampir terbuang menjadi makanan yang sedap dan di gemari oleh anak-anak. Dulu-dulu masa berniaga burger, roti burger yang dah hampir tamat tempoh tu aku kerjakan untuk membuat puding roti. Sedap juga, tak ada beza dengan menggunakan kepingan roti tu.
Puding ni menggunakan 7 keping roti keping yang untuk buat sandwich tu. Kalau nak buat menggunakan roti burger dalam 5 ketul. Boleh di bakar atau di kukus puding roti ni. Iaitu bakar menggunakan api atas bawah dengan suhu 30 - 40 minit. Sama sahaja rasanya cuma yang kukus lebih lembut sedikit.
Resepi Puding Roti Yang Sedap Dan Senang Membuatnya .....
Bahan-bahan :
7 keping roti
1 tin susu cair (375 ml)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar marjerin
Sedikit kismis
Cara-cara:
Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sebati dan sekata. Masukkan susu cair dan marjerin pula dan kacau adunan hingga sebati sekali lagi.
Roti pula terpulang pada diri masing-masing iaitu samada nak di potong kecil-kecil dan disusun rapi dalam loyang. Selepas tu, curahkan adunan dan pastikan semua roti terkena adunan.tadi Tabur kismis. Biarkan seketika sehingga adunan meresap ke dalam roti. Baru di kukus atau bakar
Atau boleh juga di carik-carikkan sahaja roti tu. Masukkan roti ke dalam adunan yang di bancuh tadi. Kacau agar semua roti meresap dengan adunan. Boleh juga di kacau agar menjadi satu adunan yang sekata. Masukkan kismis dan gaul rata.
Puding Roti Yang Sedap |
Masukkan ke dalam loyang yang sesuai. Di sebabkan aku hanya mengukus puding roti ni, aku pakai loyang plastik yang tahan panas untuk kukusan sahaja. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Nak tengok resepi yang lain di blog ini... klik SINI
p/s : Boleh juga puding roti ini di makan dengan kuah kastard atau kuah durian cuma kalau nak makan berkuah, kurangkan sikit gula dalam bancuhan adunan roti.
resepi yang mudah dan sedap (^_^)
ReplyDeleteNampak menarik je puding tu.. Buat juadah minum petang, memang ohsem ini..
ReplyDelete