Acar buah adalah makanan yang biasanya di sajikan pada majlis-majlis kenduri khususnya majlis perkahwinan. Aku paling suka kalau ada lauk ni di majlis kenduri yang aku hadiri. Boleh lah aku makan acar buah ni sepuas hati. Kengkadang ada aku beli yang dah siap paket dalam bekas. Tapi tak dapat merasa makan puas sebab biasanya yang untuk jualan isinya sikit dan yang lebihnya bawang saja.
Resepi Acar Buah Yang Menjadi Kegemaran |
Berangan juga aku nak buat. Tapi tak pernah jumpa resepi yang sesuai. Harga buah-buahan kering pun dah mahal sekarang. Bila di masukkan pelbagai jenis buah asam yang di jeruk dan di keringkan baru sedap rasanya. Itulah bercinta juga lah nak menyediakan bahan membuatnya.
Kelmarin, aku jumpa sebuah resepi acar buah di FB. Jadi berkobar-kobar semangat nak membuatnya. Sebelum resepi acar buah ni menghilang dan menyorok di FB, aku dokumentasi kan resepi ini di blog. Ada waktu nanti, aku persiapkan bahan-bahan dulu, aku nak cuba membuatnya.
Agak susah juga nak membuatnya. Tapi di sebabkan menjadi antara makanan kegemaran, mestilah nak kena buat. Jangan asyik pandai makan sahaja dan patutlah harganya mahal, agak memakan masa dan rumit juga cara penyediaannya... kan!
Resepi Acar Buah Yang Menjadi Kegemaran
Bahan-bahan:
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering
Cili api
Halia muda
Serbuk kari ikan
Garam
Gula
Cuka
Lobak masin
Bijan goreng
Untuk buah-buah asam jeruk keringnya tak kisah pun apa-apa jenisa asam Ikut selera masing-masing.
Cara-caranya:
Bahan-bahan di atas ikut sendiri sebanyak mana di perlukan iaitu melalui anggaran sahaja. Seterusnya tumis cili kering yang di kisar dan sesudu kecil serbuk kari dengan api sederhana sampai pecah minyak.
Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Agak-agak dah naik bau masukkan garam gula dan cuka.
Kemudian masukkan buah-buahan asam jeruk kering dan cili api. Guna api biar perlahan. Masak sehingga sebati dan sampai pecah minyak. Selepas tu boleh dimakan. Lebih sedap di makan apabila di simpan lama.
Acar buah ini tahan lama boleh di simpan sehingga lebuh kurang sebulan. Dengan syarat ia di renih lama sehingga betul-betul sebati.
Ia biasanya di jadikan hidangan penyedap rasa dan penambah selera makan. Aku suka, aku suka dan aku suka. Makan dengan nasi minyak ... sedap. Nasi kosong yang panas-panan pun sodap.
p/s: Bila nak buat ni... Tekak dah terasa-rasa kesedapannya. Terima kasih untuk perkongsian resepi yang berharga ini... sharing is caring..!
Nak kongsi resepi dengan ku di blog ni.... klik SINI
#kredit FB Nor Amylia Amy di MAHN
banyak jugak bahan nak pakai ye, nasib tak minat sangat acar buah ni
ReplyDeleteBiasa jumpa acar ni time kenduri belah2 utara kan..
ReplyDelete