Ais memang sesuatu yang menyejukkan apabila cuaca panas. Dapat segelas air bersama ketulan ais bole melegakan tubuh yang kepanasan. Baru kini ku tahu rupanya ais ini banyak kebaikan nya untuk kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita. Caranya mandi ais bersama limau nipis atau limau purut dan garam. Wah... mandi ais tu, tak sejuk membeku ke?
Mandi Ais Sebagai Salah Satu Rawatan Kecantikan Wanita |
Terjumpa di laman FB perkara ni. Aku jadi teruja dengan rawatan mandi ais ni. Di spa dan pusat kecantikan di waktu ni dah ramai yang menggunakan car ini sebagai salah satu rawatan terapi kecantikan. Jangan tak tau, ia juga menjadi amalan atlet sebagai satu cara pemulihan yang lebih cepat.
Mandi ais ni bukan saja bagus untuk wanita, lelaki pun boleh. Bagus untuk kesihatan tubuh badan. Di katakan air sejuk dan ais mempunyai rahsia yang sangat menakjubkan dan dikira juga sebagai I'jazul Ilmi (Saintifik Al- Quran), ianya dapat membunuh dan mengusir syaitan, sihir yang telah sebati dalam tubuh manusia dan bahkan, akan menyebabkan syaitan lari keluar daripada badan manusia, kemudian pesakit itu akan mendapat kesihatan yang baik(insya Allah).
Mandi Ais Sebagai Salah Satu Rawatan Kecantikan Wanita .... huhu!
Antara kebaikan mandi ais sebagai salah satu terapi adalah:
- Menaikkan seri wajah
- Awet muda
- Menghasilkan aura positif
- Boleh kuruskan badan
- Kuatkan imunisasi & antibodi badan- Menghilangkan bisa & angin dalam badan
- Kuatkan tulang
- Menenangkan jiwa
- Merawat penyakit jiwa (stres/kesedihan/ketakutan/panas baran)
Dan banyak lagilah manafaat mandi ais ini untuk tubuh badan. Ia juga di katakan dapat menghindari diri dati gamgguan makhuk halus dan benda-benda yang tidak di lihat di alam nyata.... wallahualam. Jom lihat bahan dan cara-cara mandi ais ini... yer!
Bahan-bahan:
1 baldi air
Garam kasar (Seeloknya garam bukit)
Ais
Limau nipis atau limau purut
Minyak aromatherapi (jika suka)
Cara-cara:
Sediakan sebaldi air. Campurkan bersama garam bukit, ketulan ais dan perahan air limau. Kacau sebati.
Lebih afdhal kalau baca Al Fatihah 7 kali, Bismillah 7 kali, Al Ikhlas 7 kali dan Selawat 3 kali. Tak baca ini semua pun tak apa. Memnadai dengan baca bismillah dan niatkan untuk buat rawatan.
Angkat baldi letak dalam bilik air, boleh mula siram dari kaki perlahan lahan naik ke atas sampai kepala dan lebih kan di belakang tengkuk. Kalau dapat berendam dalam bath tub lagi elok.
Bila dah siap kalau boleh jangan lap air tu. Biar ia kering sendiri di badan. Biasanya orang buat cara mandi dulu macam biasa. Dah siap mandi, baru lah buat mandi ais ni.
Macam menarik je mandi ais ni... Jom cuba dan rasai nya sendiri di rumah. Insya'allah pasti akan lebih segar dan bertenaga selepas ni... Ya tak!
Untuk lebih informasi klik SINI ...
p/s : Tak dapat ku bayangkan betapa kesejukannya nanti... Teringat terapi rendam kaki dalam ais yang aku pernah cuba dulu. Tak sampai 2 minit dah tak terdaya menahan sejuknya tu ... hihi!
#kredit FB Fatin Lee
No comments:
Post a Comment