20 February 2018

Manafaat Air Basuhan Cili Kering Sebagai Penghalau Serangga Dari Merosakkan Pokok Sayur

Apalah rasa sesuatu masakan itu sekiranya tanpa cili. Cili amat perlu dalam hampir semua masakan Melayu. Paling istimewa adalah cili kerimg.  Selain di gunakan untuk masakan, air basuhan cili kering sebelum di kisar itu sangat berguna sebagai bahan penghalau serangga. 

Manafaat Air Basuhan Cili Kering
Manafaat Air Basuhan Cili Kering

Aku dapat informasi yang sangat bermanafaat ini dari FB. Untuk yang menanam sayur berskala besar, memanglah kurang sesuai dengan cara ini. Tapi pada suri rumah yang menanam sayur hanya untuk keperluan keluarga dan suka-suka, ia sangat membantu. Untuk yang menanam sayur yang hanya beberapa pasu di kawasan bandar sangat di syorkan. 

Air basuhan cili kering ini sesuai  menghalau serangga perosak seperti bena (aphid), lalat putih (white fly), beluncas dan lain-lain. Tak perlu menggunakan racun serangga yang di jual di pasaran. Lagipun susah mengendalikan produk racun tau... 


Jadi,  hanya gunakan air basuhan cili kering sahaja. Sebagai suri rumah air basuhan @ rendaman cili kering sebelum mengisar cili tu biasanya di buang begitu sahaja. Selepas ni wajib simpan airnya dan di gunakan untuk di jadikan bahan penghalau serangga.

Manafaat Air Basuhan Cili Kering Sebagai Penghalau Serangga Dari Merosakkan Pokok Sayur


Bahan-bahan:

Air basuhan cili kering
Botol semburan air (botol spray)

Cara-cara:

Sewaktu membasuh  dan merendam cili kering, air basuhan jangan di buang. Ambil air basuhan cili kering dan gunakan untuk di jadikan bahan penghalau serangga.

Isi air tersebut ke dalam botol  semburan air (botol spray). Sembur pada tempat serangan dan ke seluruh pokok sehingga basah. Sembur pokok tananam di waktu pagi dan petang. 

Ulang langkah ini selama seminggu atau sehingga serangga hilang. Rajin-rajinlah melakukan agar pokok tanaman tidak di hinggapi serangga perosak. 

Pastikan semburan tak dilakukan ketika masa atau waktu nak memetik sayuran. Nanti pedas sayur atau buah yang di makan. Pedas membahang sayur rebus kita nanti... hahaha!

Ini satu cara paling efisyen utuk penjagaan pokok dan tanaman pada suri rumah yang rajin memanafaatkan tempat dan tanah  yang terhad. Apatah lagi di waktu ekonomi kehidupan sekarang yang kurang stabil. Jimat belanja kalau dah boleh bercucuk tanam... kan!

Untuk lebih informasi... klik SINI

p/s: Bila pokok sayur tak lagi di rosakkan serangga, semangat menanam akan menjadi lebih rajin.. hehe!

#kredit Group Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
#pic fr google


2 comments:

  1. wah menarik ne selalu buang jew. Boleh cuba lepas ne

    ReplyDelete
  2. wah menarik tips ny
    boleh praktikan kt umah nanti

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...