Apabila meningkat usia dari remaja ke dewasa, perkara yang di tanya oleh saudara terdekat apabila berjumpa mesti bila nak tamatkan zaman bujang @ berkahwin. Bila dah berkahwin di tanya pula bila nak mendapat zuriat. Kalau lambat sikit mendapat zuriat selepas berkahwin siaplah di katakan mandul. Jadi kenalah mencari ikhtiar hamil sehabis mungkin. Kali ini aku kongsikan cara ikhtiar hamil yang mudah dengan susu kambing dan kurma.
Ikhtiar Hamil Dengan Susu Kambing Dan Kurma |
Aku dulu merasa juga di katakan mandul dan tak boleh mendapat zuriat. Ini disebabkan masuk 4 tahun berkahwin baru di kurniakan zuriat. Masa tu, mula-mula tak adalah apa sangat ikhtiarnya sangat. Hanya berjumpa doktor dan mendapat sedikit nasihat darinya.
Tapi memang di beritahu yang aku ada masaalah sikit. Cuak juga masa tu. Apabila di anjurkan buat rawatan yang mahal dah tentu aku tak mampu. Akhirnya aku berserah pada Allah dan mencuba beberapa petua orang dulu-dulu dan pemakanan sihat. Salah satunya yang inilah iaitu amalkan susu kambing dan kurma. Alhamdulillah, sekarang aku dah ada 4 orang cahayamata.
Ikhtiar Hamil Dengan Susu Kambing Dan Kurma
Bahan-bahan:
14 biji urma
(Seeloknya kurma yang liat - kurma mariami)
2 gelas susu kambing segar
Cara-cara:
Kurma di buang biji dan di blender bersama susu kambing. Kisar samapai betul-betul hancur. Bila dah hancur, tuang dalam 2 gelas berasingan.
Isteri minum segelas dan suami pun segelas. Amalkan setiap pagi sebelum memulakan tugas seharian. Sebelum minum seeloknya berniat dan baca surah mariam ayat 1 - 12.
Amalkan setiap hari meminumnya. Lebih-lebih lagi sewaktu isteri sedang subur iaitu hari ke 7 period hingga hari ke 13. Nak amalkan setiap hari pun boleh, lagi afdal.
*Ada yang menyarankan ambil segenggam seorang antara suami dan isteri baru di kisar kurma tu. Terpulang pada masing-masing lah... yer!
Insya'allah kita hanya beriktiar, yang menentukan hanya Allah ta'ala. Dialah sebaik-baik perancang kehidupan kita dan tahu mana yang terbaik untuk kita. Jadi bersabarlah dan redha dengan ketentuan yang diberikan. Kalau Allah sudah berkehendak, bila-bila masa sahaja boleh termakbul doa. Jadi, jangan putus berdoa... yer!
Untuk berkongsi informasi dan petua di blog ni... klik SINI
Untuk berkongsi informasi dan petua di blog ni... klik SINI
p/s: Aku dulu amal pelbagai petua itu ini, sekejap-sekejap je. Tau-tau dah mengandung... Entah petua yang mana satu mujarab, dah tak dapat kesan dah... hehe!
PC pun sedang berusaha..mohon doakan ya..
ReplyDelete