Belek-belek Fb aku jumpa idea yang pada diri aku sangat kreatif. Daripada plastik roti dan biskut hanya memenuhi tong sampah baik di gunakan semula jadi pasu semaian. Idea kreatif dari plastik roti dan biskut jadi pasu semaian yang tak terfikir dek akal. Entah dari mana lah orang ini dapat idea kreatif dari plastik roti dan biskut ni... heh!
Idea Kreatif Dari Plastik Roti Dan Biskut Jadi Pasu Semaian |
Selepas ni plastik roti dan biskut jangan sesekali di tong sampahkan. Selepas tu kena merajinkan diri buat semaian anak pokok cili atau macam-maca pokok lagi. Program yang sangat bagu, dapat sekali dua program iaitu kitar semula dan satu lagi program bumi hijau .... Tak gitu?
Mudah sangat caranya, cuma gunakan plastik roti dan biskut tu (selepas roti dan biskut habis di makan) untuk di jadikan pasu dengan di tebuk atau di gunting sedikit bahagian bawah untuk membenarkan air keluar. Sebelum tu gunting dan kemaskan bahagian atas.
Sesudah itu isi dengan tanah bercampur cocopeat @ serbuk sabut. Pastikan di lipat kemas bahagian bawah sehingga boleh berdiri kukuh. Seterusnya bolehlah di semai apa jua tanaman yang di kehendaki. Cara yang terperinci, aku senaraikan di bawah yer...
Idea Kreatif Dari Plastik Roti Dan Biskut Jadi Pasu Semaian
Bahan-bahan:
Plastik roti dan biskut
Gunting
Tanah
Serbuk sabut/coco peat
Cara-cara:
Ambil bekas plastik roti dan biskut setelah habis makan roti dan biskut. Potong dan tebuk sedikit bahagian bawah plastik untuk pengaliran air nanti. Kemaskan bahagian atas plastik dengan memotong sedikit.
Seterusnya masukkan separuh bahagian yang di potong ke dalam. Ini untuk membentuk seakan sebuah bekas/pasu. Masukkan tanah yang bercampur cocopeat @ serbuk sabut ke dalam plastik. Dirikan kukuh bahagian bawah plastik dengan melipat sedikit bucunya.
Selepas itu plastik roti dan biskut itu boleh di gunakan sebagai ganti kepada pasu semaian. Boleh di gunakan untuk penanaman awal banyak jenis pokok contohnya seperti cili, tomato, bendi, terung dan macam-macam lagi.
Bak kata tuan punya idea kreatif ni... "berfikir macam orang miskin.. dari situ akan timbul kreativiti dan inovasi". Sangat bernas kata-kata ini. Boleh di jadikan satu inspirasi untuk orang yang serba kekurangan macam aku ni... huhu!
Nak dapat banyak lagi informasi dari blog ni.. klik SINI
p/s: Terimakasih pada si pembuat idea. Aku hanya sebagai pengantara menyampaikan dan menyambung idea. Sharing is caring... yeayh!
#kredit FB Muhammad Al-Mahdi Ghazali
serious comel
ReplyDeletehehehehe bagus2
ReplyDeletekitar semula plastik