Sebuah kereta adalah satu keperluan masa kini untuk setiap keluarga. Pada yang berkemampuan bolehlah seisi keluarga memiliki sorang satu kereta terkecuali yang belum cukup umur. Aku bukanlah seorang yang arif mengenai cara jimat membeli kereta. Tapi di sini aku ulas secara umum cara jimat membeli kereta. Hanya suka-suka, tiada berkaitan dengan sesiapa yer..!
Cara Jimat Membeli Kereta |
Urusan jual beli kereta biasanya di lakukan dengan pembelian secara ansuran dan melibatkan pihak bank. Jadi pastikan anda mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk pembelian sebuah kereta. Kalau tidak, permohonan anda untuk membeli kereta tidak akan di luluskan. Bank akan lihat keseluruhan kewangan dan perbelanjaan anda.
Seterusnya ukur baju di badan sendiri iaitu memilih untuk membeli kereta yang sepadan dengan kemampuan diri. Untuk yang baru berkerjaya, pilihlah kereta yang mampu milik, rendah pembayaran bulanannya, rendah kos penyelenggaraannya, kurang penggunaan minyak petrol dan pastinya cukai jalan dan insurannya pun rendah belaka.
Cara Jimat Membeli Kereta
Untuk mendapatkan kereta idaman, seeloknya sediakan duit pendahuluan yang secukupnya terlebih dahulu. Dengan ini dapat mengurangkan dan merendahkan pembayaran bulanan. Untuk itu, menabunglah terlebih dahulu sebelum membeli kereta. Dari situ, penjimatan pembelian kereta dapat di lakukan.
Boleh juga membeli kereta terpakai. Kalau pandai cari dan meneliti di laman web yang menjual kenderaaan, pasti akan dapat di temui kereta yang masih seperti baru, cantik dan di jual dengan harga yang sangat berpatutan. Lagi bagus, jika buat urusan pembelian terus dari tuanpunya kenderaan itu sendiri dan bukan pihak ketiga.
Pilihlah kenderaan yang sesuai dengan ekonomi semasa. Iaitu yang mudah mendapatkan alat ganti apabila mengalami kerosakan. Juga senang di selenggarakan serta menjimatkan kos minyak petrol. Pilihan banyak yang ada sekarang seperti kereta dari Proton dan Perodua. Sudah tentu ia jauh lebih murah dari kereta impot.
Beerterabur ayat aku ni, harap yang membaca boleh faham lah yer..... Sebenarnya aku pun teringin nak beli kereta untuk anak perempuan yang belajar di UITM Shah Alam. Tapi apakan daya, kewangan kurang stabil untuk menambah kereta lagi Nak kena menabung dulu bagi berkecukupan duitnya.... haihh!
Nak lebih informasi.... klik SINI
p/s : Kalau nak lebih mudah membeli kereta terpakai, aku suka tengok di Sunday Sale Petaling Jaya. Macam-macam kereta ada dari seluruh Lembah Klang. Boleh pilih ikut kesesuaian harga dan boleh tawar lagi tu... huhu!
#pic fr google
#pic fr google
kereta ni satu keperluan...utama sekali yang berkeluargakan..
ReplyDelete