Hari ni aku nak memperpanjangkan satu perkongsian dari FB cara membuat toner @ pelembab muka mudah dengan timun. Timun yang biasanya di buat sayur dan ulam tu senang di dapati. Ramai yang dah tahu timun adalah berkhasiat untuk muka. Tapi ramai yang tak tahu cara mengggunakan timun sebagai toner @ pelembab muka.
Buat Toner @ Pelembab Muka Mudah Dengan Timun |
Sekian banyak produk kecantikan di pasaran tapi yang terbaik adalah dari bahan-bahan yang segar dan mudah di dapati. Semestinya murah dan boleh berjimat belanja dari membeli produk yang belum ketahuan keberkesanannya.
Apatah lagi seringkali ada produk yang siap sedia di pasaran mengandungi bahan kimia merbahaya. Jadi, buat sendiri dengan bahan-bahan segar ini lebih bagus. Cara membuatnya pun sangat senang. Pastinya memerlukan sedikit kerajinan lah... kan!
Buat Toner @ Pelembab Muka Mudah Dengan Timun
Bahan-bahan2:
Pemarut
Penapis
Timun
Lemon
Cara membuatnya :
Parut separuh dari sebiji timun sehingga habis. Tapis air timun dan ketepikan hampasnya. Air timun ini campurkan dengan perahan sebji lemon. Campuran lemon dan timun sesuai untuk kulit berminyak. Masukkan dalam botol.
Pakai sekali pagi dan sekali sebelah malam sebelum tidur. Buat banyak-banyak, simpan dalam peti ais. Toner timun ni boleh bertahan 2 minggu kalau simpan dalam peti ais. Toner timun ni sangat sesuai untuk kecutkan jerawat yang berleluasa kat muka tu.
Dan paling best toner timun ni boleh elak dari jerawat terus merebak. Pakai sebelah malam. Esok bagun pagi insha' allah jerawat akan segera kecut. Best kan? Untuk yang ada masalah pori besar pun di galakan untuk pakai toner timun ni. Sekejap saja pori akan mengecut dengan pemakaian secara konsisten.
Untuk kulit berminyak paling sesuai guna timun dan lemon. Bagi yang berkulit kering, ganti lemon dengan madu. Untuk kulit berjerawat guna timun dan minyak rose oil. Untuk kulit kusam @ sunburn pula, guna timun sahaja dah cukup. Pada yang ber masalah jeragat gunakan timun dan madu juga.
Ini untuk penggunaan daripada timun. Ada juga aku terbaca artikel boleh guna lobak merah dan tomato untuk mencantikkan kulit wajah dan di buat ikut cara yang sama. Pelbagaikanlah pengggunaan bahan segar untuk mencantikkan kulit. Pasti boleh dan kulit menjadi cantik berseri... hihi!
Untuk lebih info kecantikan, klik SINI
p/s: Bahan hampas timun atau buah-buah lain tu, jangan di buang. Boleh buat scrub untuk badan pula. Boleh buat masker juga.. Dah jadi 3 dalam 1 .... huhu!
#kredit FB Nauf Safuan
bagus jugak tips ni kalau nak amalkan! :D
ReplyDelete