17 February 2018

10 Cara Jimat Masa Melipat Baju

Antara banyak perkara dalam hidup yang perlu di uruskan adalah melipat baju. Biasanya melipat baju ini tugas seorang isteri walaupun ia berkerja atau pun suri rumah. Terkecuali kalau yang ada pembantu tapi perlu di pastikan juga. Kalau tidak, tak jumpalah baju bila nak di gunakan.

10 Cara Jimat Masa Melipat Baju
10 Cara Jimat Masa Melipat Baju

Antara faktor yang menjadi punca melipat baju sebagai satu kerja yang merimaskan adalah kerana kita berfikiran agak sinikal dengannya. Iaitu kita sentiasa memerlukan baju untuk di pakai dan akan berterusan membasuh, mengeringkan dan melipat baju. 

Ia menjadi satu perkara yang sentiasa berulang saban hari, minggu, bulan  dan tahun. Ia adalah  rutin biasa yang kadangkala mebosankan. Apatah lagi di timpa kemalasan yang berganda. Di tambah lagi pada musim hujan apabila kain tak betul-betul kering untuk di lipat.


Malas itu mungkin satu perkara tetapi masa juga antara faktor penyebab kadangkala kerja melipat jadi suka tertangguh. Akibatnya baju-baju tinggi menggunung dalam bakul. Bagaimana nak atasi masalah ini? Nak cara jimat masa melipat baju yer! Meh... sini di kongsikan tip terbaik ini untuk anda..

10 Cara Jimat Masa Melipat Baju


- Tak perlu lipat semua baju dan pakaian. Yang perlu di lipat hanya pakaian dalam, sarung bantal, kain batik, kain pelikat, sarung tilam, tuala dan seumpamanya. 

- Sediakan rak penyangkut pakaian dan almari yang sesuai. Mana-mana baju yang sering di gunakan gantung di penyangkut luar dan jarang di gunakan gantung di almari. 

- Buat kerja melipat baju terus dari ampaian pengeringan. Iaitu terus asingkan setiap jenis pakaian yang ada. Mana yang perlu di lipat, terus lipat masa tu juga. 

- Asingkan setiap baju dan pakaian penghuni  rumah di bahagian masing-masing. Gantung  mana yang perlu dan lipat pakaian dalam yang kecil-kecilmya. Simpan terus dalam laci dan bakul tempat masing-masing. 

- Nak lebih memudahkan label dan susun setiap jenis pakaian mengikut kegunaan masing-masing. Ini akan lebih memudahkan mencari pakaian bila dalam keadaan yang kelam kabut atau ada hari-hari yang agak  terlewat pergi kerja.

- Buat kaum perempuan, tudung atau shawl sebaiknya di gantung menggunakan penyangkut yang khas untuk peggunaan itu. Bila nak di padankan dengan pakaian lebih mudah untuk anda buat pilihan. Nampak jelas semua warna dan paten tudung yang sedia ada. 

- Kerja-kerja menggosok pakaian akan menjadi lebih mudah apabila pakaian di gantung terus dari ampaian. Iaitu baju akan kurang renyuk dari biasa. Malah ada pakaian yang tak perlu lagi di gosok.

- Untuk pakaian dalam yang kecil-kecil tu, boleh di lipat bergulung untuk penstoran yang lebih ruang. Jadi ruang di dalam laci akan lebih banyak. 

-  Untuk lebih menjimatkan masa, gantung siap-siap baju di penyangkut baju selepas keluar saja dari mesin basuh utuk pengeringan di ampaian. Bila dah kering, hanya angkat dari ampaian dan terus letak di rak pakaian dalam bilik. 

-  Akhir sekali waktu melipat baju, tak perlulah sekejap, sekejap leka dengan perkara lain seperti berwassap, tengok tv dan berbual. Alamatnya tak siaplah acara mengerjakan kain baju tu... hehe!

Untuk lebih mudah dam menudahkan kerja melipat baju ni, boleh guna bermacam cara ikut kesesuaian kehidupan kita. Pada aku yang dah tak ada anak kecil, lebih mudah gantung semua baju yang ada. Apatah lagi aku tinggal di flat yang tempat menyidai pakaiannya sangat sempit. 

Untuk ketahui pelbagai tips dan informasi.... klik SINI

p/s: Kerja melipat baju ni tak akan berhenti sampai bila-bila  macam memasak juga...  Nak makan kena masak, nak pakai baju kena basuh dan lipat dulu... hehe!

3 comments:

  1. melipat ni mmg leceh kan, tp ngn adanya tips ini melipat jadi mudah, thanks for sharing ya

    ReplyDelete
  2. nak melipat baju pun ada teknik kan..kalau tak jadi berjam2 la kita dok mengadap kain baju yg bertimbun tu

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...