Kengkadang ada orang yang mempunyai masaalah kesan hitan di leher dan ketiak. Ada juga yang mempunyai bau badan yang kuat di sebabkan sering berpeluh. Di sini aku nak kongsikan beberapa petua yang boleh dan dapat membantu menghilangkan kesan hitam di leher dan ketiak serta menghilangkan bau badan sekali gus. Ini petua lama dan di amalkan oleh orang dulu-dulu.
Petua Menghilangkan Kesan Hitam Di Leher Dan Ketiak Serta Menghilangkan Bau Badan |
Zaman dulu mana ada pewangi dan sabun. Jadi, orang dulu-dulu mempraktikan apa yang ada di sekeliling kehidupan mereka. Ada beberapa cara yang boleh di lakukan. Mudah, murah dan menjimatkan duit. Sekiranya di amalkan selalu, segala masaalah leher dan ketiak hitam serta badan berbau dapat di selesaikan.
Petua Menghilangkan Kesan Hitam Di Leher Dan Ketiak Serta Menghilangkan Bau Badan
Cara pertama, gunakan sedikit kapur makan. Kapur makan ni adalah kapur yang biasanya orang tua, orang India dan orang dulu-dulu gunakan untuk makan sireh. Boleh di dapati di kebanyakan kedai runcit dan kedai India. Kapur ini juga biasa di gunakan dalam sesetengah masakan kuih melayu tau.
Campurkan secubit kapur makan bersama air perahan limau nipis dan sapukan ke bahagian leher dan ketiak yang hitam. Seeloknya lakukan semasa mandi. Gosok dan sental secara merata dengan sebati. Penggunaan kapur tu mungkin aka terasa sedikit pedih dan panas tapi tidaklah sampai memudaratkan kesihatan kulit. Bila di lakukan secara kerap iaitu 2 kali seminggu, insya'allah segala daki dan kehitaman akan mudah tertanggal.
Cara kedua, menggunakan parutan timun dan air lemon. Cuci dan sental parutan timun yang telah di campur perahan lemon ke leher dan ketiak selama 15 hingga 20 minit setiap kali. Lakukan selalu semasa mandi. Insya'allah leher dan ketiak akan putih berseri dan bau badan akan menghilang serta perpeluhan melampau akan berhenti.
Cara ketiga, cara yang agak mudah dan senang dari kedua-dua cara di atas. Iaitu menggunakan tawas. Campurkan tawas dengan air suam dan gosoklah leher dan ketiak menggunakan span. Gunakan selalu sewaktu mandi.
Sekiranya sentiasa mengamalkan salah satu cara di atas, pasti tiada lagi kegelisahan dan kegusaran akibat kesan hitam di leher dan ketiak serta bau badan yang menjengkelkan. Seterusnya yang tinggal hanya kulit yang putih berseri dan bau badan yang wangi. Cubalah....
Nak tahu petua lain di blog ini... klik SINI
p/s: Petua orang-orang dulu memang menjimatkan kos... !
#pic fr google
good info. thank you share
ReplyDeleteBolehlah amalkan
ReplyDelete