Semenjak seminggu dua ni kesibukan aku memang tahap melampau betul. Tak sempat nak berfikir benda lain dah. Akhirnya blog dah macam nak terabai jugalah. Hari ni, godek-godek FB, jumpa cara buat label sticker sendiri yang tak masuk dek akal dan mudah sesangat. Jadi aku nak dokumentasi kat blog aku ni untuk ingatan aku masa akan datang.
Cara Buat Label Sticker Sendiri Yang Mudah Dan Jimat Sesangat.... |
Hanya dengan kertas A4 paper biasa di print tulisan yang di kehendaki dan selotape untuk melekatkan tulisan. Cukup mudah, senang di buat. Boleh pula tulisan tu melekat di atas plastik apabila kertas di tanggalkan. Macam ajaib la pulak... kan!
Tengoklah gambar yang aku kongsi dari FB ni. Cuma dari bahan-bahan yang mudah sahaja. Kalau nak tempah mesti mahal ni. Berpuluh ringgit juga harganya kalau nak print tulisan-tulisan tu di atas plastik. Bila dah boleh dan tahu buat sendiri tu... apa lagi, kita label semua barang-barang di rumah kita.. hihi!
Bahan:
Kertas A4 yang telah di print tulisan yang di kehendaki
Pembaris / scrapper
Pisau
Selotape
Air paip
Cara:
Potong tulisan di atas kertas tu ikut saiz yang di kehendaki. Selepas tu ambil selotape dan lekatkan di atas kertas tulisan tadi. Gunakan scrapper atau pembaris untuk meratakan lekatan selotape dan tulisan tadi. Pastikan betul-betul rata dan melekat dengan sempurna
Selepas tu ambil semangkuk air paip, masukkan kertas-kertas label tadi. Biarkan dan pastikan ia betul-betul basah dan jadi bergulung. Bila dah betul-betul bergulung dan basah, ambil kertas label tu dan buangkan kertas pada plastik selotape sampai semua kertas tanggal dari plastik.
Sekarang yang tinggal hanya tulisan dan plastik selotape yang telah melekat. Keringkan label plastik yang dah siap tu. Kemaskan sikit potongan label untuk lebih rapi. Pastikan plastik label telah kering sepenuhnya sebelum di lekatkan. Nanti tak melekat pula.
Seterusnya bolehlah di lekatkan di mana sahaja yang di kehendaki.... Senang dan menang dengan tidak mengeluarkan belanja yang banyak. Di waktu-waktu yang perbelanjaan kehidupan sangat menghimpit dan membebankan ini, bolehlah berjimat... haha!
Untuk lihat pelbagai informasi dan tips di blog ini lihat SINI
Untuk lihat pelbagai informasi dan tips di blog ini lihat SINI
p/s: Bagus sungguh idea ni... tabik spring pada yang empunya idea... huhu!
#kredit FB Nadiah Azaman Ppk
senang je kan? tak payah la nak order mahal-mahal dah. ✌✌✌
ReplyDeleteAida pernah juga terbaca pasal ni.
ReplyDeleteTapi x buat lagi la.
Memang murah. Dan sgt mudah. Save bajet bila buat sendiri...
first time tahu ni... boleh cuba nanti. tampal kat botol air sofea...
ReplyDeletepsssttt terima kasih join Segmen Nak URL Blog #33. Blog anda ada di http://www.mialiana.com/2018/01/senarai-url-blog-33.html
wah mudah aje caranya
ReplyDeletekertas sticker ape yg digunakan?
ReplyDeletekertas A4 biasa jerrr
Delete