12 January 2018

Buat Lepat Pisang Dari Pisang Ambil Di Kampung Ari tu...

Selain makan durian, aku juga dapat setandan pisang dan edikit daun pisang selepas pulang dari kampung bulan Disember hujung tahun ari tu. Apa lagi, bila pisang dah masak ranum aku buat lepat pisang. Dah lama tak buat sendiri lepat pisang ni. Pisang senang dapat tapi daun pisang susah nak dapat kat bandar ni.

Buat Lepat Pisang Dari Pisang Ambil Di Kampung Ari tu...
Buat Lepat Pisang Dari Pisang Ambil Di Kampung Ari tu... 

Nak makan lepat biasanya beli  aje lah. Tapi, tak puas makan, kuih peberet ni. Tak menepati selera juga sebab banyak tepung dari pisang dan inti kelapa parut pun sikit sangat. Harga pun mahal juga tapi kuihnya kurus melidi je. Dulu dapat 3 seringgit. Sekarang dah 40 sen seketul. Memang kempunanlah jawabnya.

Bila dapat buat sendiri, aku buatlah sesedap rasa tekak aku ni. Kuih ni memang peberet seisi keluarga aku. Memang berebut juga lah kami anak beranak makan. Dalam 2 hari tu 2 kali aku ulang buat. Sedapnya dan masih teringat-ingat. Bila nak dapat daun pisang lagi, tak taulah.


Group kawan-kawan sekolah pula asyik tunjuk gambar lepat pisang yang dorang buat. Dah macam satu trade mark pula lepat pisang tu dengan diorang. Mana tak terliur setiap kali tengok gambar-gambar yang diorang pos kat group wassap. 

Pernah aku buat lepat pisang balut dengan plastik yang orang buat lapik masak kuih talam tu. Kata diorang, tak elok guna plastik untuk masak lepat pisang. Jadi macam mana pula yang guna plastik lapik kuih talam tu.... wallahhualam!

Ni aku bagi resepi buat kuih lepat pisang ni. Buatnya senang je tapi saja aku nak tunjuk cara. Manalah tahu, kot-kaot yang sesaja nak tahu atau yang tak tahu. Bukan susah pun, main tenyeh-tenyeh dan campak-campak je.


Buat Lepat Pisang Dari Pisang Ambil Di Kampung Ari Tu... 


Bahan-bahan:

Pisang
Tepung gandum
Kelapa parut
Sedikit garam
Daun pisang (untuk balut kuih)


Cara-cara:

Bahan-bahan ini semua kena ikut banyak mana yang kita perlukan. Tiada sukatan yang specifik sangat. Pisang di lecek sehingga hancur. Nak mudah, blender je.  Dah lenyek, masukkan tepung. Sukatan tepung tepulang pada sendiri. 

Nak sedap kurangkan tepung lebihkan pisang. Tapi kalau buat cekodok tepung kena sama banyak. Kalau tepung kurang, cekodok akan serap minyak dan bentuk cekodok tak cantik.  Tapi kalau buat lepat pisang, tak kisah itu semua, lagi kuat rasa pisang, lagi sedap.

Kacau sebati tepung dan pisang. Jangan lembik sangat adunan tu. Biar lembik sedikit dari adunan cekodok. Letak sesudu lebih adunan atas daun pisang yang telah di layur pada api dapur untuk melembutkan daun agar tak terkoyak.

Pastikan letak adunan di sebelah dalam dan letakkan kelapa parut yang telah di gaul sedikit garam. Suka hati kita nak letak banyak atau sikit tapi aku suka letak sesudu kelapa parut. Tutup inti dengan sedikit adunan lagi. Gulung adunan serta lipat hujung kiri dan kanan.

Sebelum tu kemaskan kedua2 hujung dengan mengunting sedikit kedua2 hujung tu. Susun kuih lepat pisang di dalam bekas kukusan dan kukus dalam air mendidih selama lebih kurang 20 minit. Lepas tu, dah siaplah. Tunggu sejuk, bolehlah di hidangkan .

Nak tengok pelbagai juadah yang aku masak di blog ni... klik SINI

p/s :  Semua makanan berasaskan pisang memang sedap, lebih-lebih lagi lepat pisang... kan!

2 comments:

  1. waahhh sedap ni..kita suka lepat liat and lepat labu heheh

    ReplyDelete
  2. Makan lepat pisang, pekena dengan teh o hujan-hujan ni. Memang emm sedap Tak ingat...

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...