09 December 2017

Viral Palsu Bantuan Zakat Hadir Pada Setiap Hujung Tahun

Aku perasan, setiap kali hujung tahun dalam 3 tahun kebelakangan ini pasti viral palsu kononnya ada bantuan zakat yang boleh di tuntut dari Lembaga Zakat Negeri khususnya Zakat Nengeri Selangor. Seperti tahun lepas, aku dapat lagi viral palsu ini. Viral palsu ini berlegar dan bersilih ganti di beberapa laman group wassap yang aku ikuti.

Viral Palsu Bantuan Zakat Hadir Pada Setiap Hujung Tahun
Viral Palsu Bantuan Zakat Hadir Pada Setiap Hujung Tahun

"Zakat Selangor menafikan maklumat berkenaan bantuan RM400 yang diberikan kepada ibu bapa mempunyai tiga anak bersekolah seperti yang tersebar dan menjadi viral melalui aplikasi whatsApp dan facebook. Untuk makluman bantuan pendidikan di Selangor adalah disalurkan kepada anak asnaf fakir miskin yang berdaftar di Zakat Selangor bermula dari sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi." Ini  kata Zakat Selangor di laman facebooknya.

Seperti yang di beritahu, hanya yang berdaftar sahaja layak mendapat bantuan. Jadi sekiranya merasa layak menerima bantuan zakat, berdaftarlah terlebih dahulu dengan Zakat Selangor. Caranya pergi ke kaunter Lembaga Zakat Selangor berdekatan untuk ambil borang dan mendapat mendapat maklumat terperinci atau ke laman web di www.zakatselangor.com.my dan muat turun borang pendaftaran.


Di laman web ini di tunjukkan juga cara pengiraan had kifayah kelayakan pemohon. Sekiranya untuk lebih memahami, eloklah terus ke kaunter LZS. Sewaktu memohon antara yang di perlukan adalah pengesahan tandatangan samada ketua kampung, ketua blok atau ketua taman perumahan yang di diami. Juga pengesahaan tandatangan nazir masjid di kawasan pemohon selain dokumen pengenalan setiap isi rumah dan beberapa dokumen berkaitan.

Viral Palsu Bantuan Zakat Hadir Pada Setiap Hujung Tahun


Selepas itu siasatan akan dilakukan dengan mengadakan sessi soal selidik  dan seterusnya datang ke rumah pemohon. Selepas mendapat laporan lengkap, baru proses samada kelulusan kan di perolehi atau tidak. Akhirnya sekiranya layak di daftarkan, barulah pemohon boleh memohon bantuan yang di perlukan.

Antara bantuan yang di sediakan adalah bantuan kewangan bulanan, bantuan makanan bulanan, bantuan keperluan pendidikan, saguhati hariraya, biasiswa pelajaran, bantuan sewa rumah dan banyak lagi bergantung kategori mana yang pemohon itu di kelaskan. Kategori pengkelasan iaitu asnaf fakir, asnaf miskin, asnaf gharimin, asnaf mualaf dan beberapa lagi. 

Untuk pengetahuan pembaca, aku bukanlah pekerja LZS, hanya seorang blogger yang nak memperbetulkan tanggapan dari viral palsu tu. Lebih informasi boleh di lihat di laman web www.zakatselangor.com.my. Semuanya lengkap di terangkan di situ. Macam-macam ada tau!

Berdaftarlah sekiranya mengalami kesempitan hidup dan tiada daya upaya lagi mencukupkan  rezeki setelah berbagai cara di tempuhi. Insya'allah pihak zakat akan membantu sehingga dapat meneruskan kehidupan dan menjadi pembayar zakat pula di kemudian hari.

Nak baca beberapa informasi di blog ini klik SINI ...

p/s: Pastikan benar-benar susah dan sempit  tau.. Dengar cerita kalau rumah ada talian tv berbayar, terus jadi tak layak... hurm!

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...