26 December 2017

Resepi Pucuk Paku Goreng Pedas

Waktu kecil di kampung aku biasa kutip pucuk paku di kebun getah berdekatan sungai. Pokok pucuk paku biasanya tumbuh liar di belukar berdekatan sungai. Tak pernah dengar pucuk paku ni di tanam orang. Biasanya ku selalu aku buat masak lemak cili api pucuk paku ni. Tapi sesekali aku buat pucuk paku goreng pedas pula. Sesekali makan pucuk paku goreng pedas ini sedap juga.

Resepi Pucuk Paku Goreng Pedas
Resepi Pucuk Paku Goreng Pedas

Sayur pucuk paku adalah antara sayur kegemaran kami sekeluarga. Bahagian pucuk paku yang boleh di makan dan di buat masakan adalah bahagian pucuk, daun dan batang yang lembut. Pucuk dari pokok paku ni sangat  cantik bergulung. Bahagian itulah yang paling di sukai untuk dibuat  masakan sebenarnya. 

Sayur pucuk paku ni banyak khasiat iaitu untuk meningkatkan metabolisma tubuh, untuk kesihatan tulang, menyehatkan mata, mencegah darah tinggi, mengurangkan kalestrol dan banyak lagi. Jika kesihatan sering terganggu, rajin-rajinlah makan sayur pucuk paku. Tubuh menjadi lebih sihat dan lebih berdaya tahan dari serangan penyakit.


Resepi ni, resepi campak-campak begitu sahaja. Tak ada ambil resepi dari mana- mana. Sukatan pun ikut sendiri. Tapi untuk memudahkan aku bagilah sedikit informasi bahan-bahannya. Lebih senang di ikuti... kan? Resepi ni selain guna pucuk paku, sayuran lain juga seperti kacang botor, kacang panjang, taugeh, kangkung, bayam dan banyak lagi sayuran yang boleh di gunakan.

Resepi Pucuk Paku Goreng Pedas


Bahan-bahan:

Secekak setengah sayur pucuk paku
15 biji cili api (boleh ganti dengan cili merah kalau nak kurang pedas)
Segenggam ikan bilis (udang kering pun boleh guna)
3 biji bawang merah.
3 ulas bawang putih
1/4 dari seketul kiub ayam
1/4 cawan air
Garam dan secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara-cara:

Pucuk paku di ambil pucuk, daun dan batang yang muda sahaja dan di bersihkan. Bawang merah, bawang putih dan cili api di tumbuk lumat. Tumbuk juga 3/4 lumat ikan bilis. 

Panaskan kuali dan masukkan 3 sudu besar minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili api yang di tumbuk  bersama ikan bilis tumbuk. Tumiskan sehingga berbau wangi dan bertukar warna sedikit. Masukkan kiub ayam sekali.

Selepas itu masukkan sayur pucuk paku ke dalam kuali. Kacau serata dan masukkan air. Kalau nak lebih kuah, boleh tambahkan air lagi. Ikut selera sendiri, ada suka banyak kuah, ada yang suka takat basah-basah je.

Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Dah siap, boleh di hidangkan untuk makan tengahari atau malam. Aku suka sayur ni buat ratah begitu sahaja. Sedappp!

Untuk resepi yang lain... klik SINI

p/s: Dulu-dulu rajin meredah belukar tepi sungai kutip sayur ni, tapi dah balik kena pastikan pacat tak ikut sekali.. geliiiii!

1 comment:

  1. Part kutip sayur tu best tapi tak best part pacat..geliii...

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...