08 December 2017

Petai Belalang Dan Khasiatnya.....

Pokok petai belalang ini adalah pokok liar dan banyak tumbuh di belukar dan semak samun.  Pokoknya boleh mencapai ketinggian hingga 10 meter. Buah petai belalang berbentuk pipih seperti buah petai cuma bijinya kecil dan buahnya juga nipis. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi perang apabila matang. Sangat mudah membiak dengan benih iaitu dari bijinya. 

Petai Belalang Dan Khasiatnya.....
Petai Belalang Dan Khasiatnya.....
Di kawasan kampung atau di pinggir hutan kawasan bandar banyak di jumpai pokok petai belalang ini. Masa kecil dulu, di kampung biasa sangat dengan pokok ni. Selalunya kami buat main saja dengan  buah dari pokok ni. Kupas buahnya, kunyah-kunyah bijinya dan cium bau mulut masing-masing.... hahaha!

Buahnya yang masih muda sedap di buat ulam cicah sambal belacan atau sambal kelapa. Kalau tak nak makan mentah, boleh di celur sekejap. Pucuk pokok petai belalang sedap di buat masak lemak cili api campur udang atau seumpamanya. Sedap wehhhh...!


Bijinya sedap di buat sambal tumis sepertimana buah petai yang biasa. Cuma petai belalang ni bijinya kecil dan sedikit liat dan keras.  Baunya pun tak sekuat seperti buah petai  biasa. Sekarang petai biasa dah sangat mahal berganda-ganda. Makan petai belalang pula lah... Bersepah percuma sahaja tapi nak kena rajin mengutipnya. 

Petai Belalang Dan Khasiatnya.....


Antara khasiat petai belalang adalah merawat masalah buah pinggang. Caranya ialah dengan mengeringkan sejumlah petai belalang. Setelah itu masukkanlah petai-petai yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas. Minumlah ia setelah membiarkan seketika. Bagi sesiapa yang ada masalah buah pinggang tu, bolehlah cuba. Setelah beberapa kali meminumnya, boleh jumpa doktor untuk diperiksa. Insya-Allah ada perubahan.

Pokok petai belalang boleh di gunakan untuk mengubati penyakit kencing manis. Daunnya yang matang di ambil segenggam dan di rebus bersama 3 cawan air. Biarkan kering hingga tinggal 1 cawan. Minumlah secawan sehari sekali selama 1 minggu. Untuk masalah kayap, rebus pucuk daun petai belalang dengan tawas. Air rebusan itu digunakan untuk mandi dan membersihkan badan.

Berkesan juga untuk merawat batuk dan demam campak. Daun-daun muda di tumbuk bersama beras kemudian di tampal pada kerongkomg untuk meredakan batuk. Boleh juga di sapu pada seluruh badan untuk mengubati kudis campak.

Daun petai belalang juga berkesan untuk mengatasi masalah kelemumur atau kulit bersisik. Daunnya dibakar manakala abunya dicampur dengan minyak kelapa sebelum digosok ke kulit kepala. Balut dengan plastik pembalut rambut dan biarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air bersih. Juga digosok-gosok ke bahagian kulit yang bersisik.

Walaupun ia hanya pokok liar yang tak bertuan tapi khasiatnya banyak. Boleh di jadikan ulam dan santapan yang menyelerakan pula tu. Ha ah... apalagi, jom makan ulam petai belalang. Dalam video di fb ada tengok orang Thailand suka makan ulam ni... Kita bila lagi? Boleh awet muda tau... hehe!

p/s: Nak jalan-jalan kat semak samun tepi belukar tu payah le pulak, pokok  dah la tinggi. Dulu ada jiran rajin mengutip dan hantar ke rumah... Nanti nak tanya dialah.. heh!

#pic fr google

2 comments:

  1. mak kata boleh masukkan dalam gulai.. tp x pernah cuba

    ReplyDelete
  2. Dulu kecik kecik suka makan bnda ni. Dah besar susa nak jumpa dah pulak.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...