18 December 2017

Misi Balik Kampung Kelahiran, Bota Perak Dek Panggilan Musim Durian

Hujung minggu kelmarin, aku menerjah kampung kelahiran  iatu juga kampung asal usul ibubapaku di Bota, Perak. Seperti mana yang di ketahui, apabila di sebut Bota, ada dua bahagian iaitu Bota Kanan dan Bota Kiri. Aku tak sebut asal keluargaku  di antara kedua tu sebab aku berasal dari kedua tempat itu. Emak orang Bota Kanan, dan bapa orang asal Bota Kiri.

Misi Balik Kampung Kelahiran, Bota Perak Dek Panggilan Musim Durian
Misi Balik Kampung Kelahiran, Bota Perak Dek Panggilan Musim Durian

Kelmarin dapatla aku ke sana bersama sekeluarga menjejak tanah kelahiran. Biasanya pada hari raya puasa sahaja aku pergi kesana. Kali ini aku pergi sebab buah durian tengah luruh sekarang. Adalah serba sedikit buah durian di tanah pusaka keluarga aku di situ. Betul juga kata sebuah lagu tu, musim durian ramai sedara mara, musim menebas sorang tak nampak muka (Lagu Mr Os) Terasa juga... huhu!

Biasanya sebelum ini tak kisah nak balik ke kampung tu walau musim durian. Tapi harga buah durian sekarang begitu mahal sampai rasa tak berbaloi membelinya, jadi lebih baik aku pulang ke kampung sahaja untuk menikmati buah durian.. kan! Selain dapat makan buah durian, boleh juga mengeratkan tali silaturrahim dengan saudara mara di sana.

Hari tu kat kampung , aku tidur semalam di rumah pusaka keluarga sebelah bapa di Bota Kiri yang kini di diami oleh adik lelaki aku bersama keluarganya. Walau semalaman sahaja  di situ, dapatlah aku mengimbau kenangan bersama opah dan atuk aku dulu. Kebiasaannya dari kecil, inilah rumah yang ibubapa serta adik2 aku pulang ke kampung pada setiap hari raya dan musim buah-buahan. Untuk yang tak tahu, aku di besarkan di sebuah perkampungan Felda di Perak juga.


Buah durian dan dusun durian yang aku kutip  tu berada di Bota Kanan iaitu kampung sebelah emak pula. Dekat sahaja sebenarnya tapi kalau jalan kaki mau 3 hari, 3 malam baru sampai dari Bota Kiri ke Bota Kanan tu. Nak lalu ke kiri dan kanan tu mesti melalui Jambatan Sultan Idris... baru boleh sampai. Dulu-dulu orang naik sampan nak menyeberang... Ingat2 lupa dah zaman tu.!


Misi Balik Kampung Kelahiran, Bota Perak Dek Panggilan Musim Durian


Rumah pusaka sebelah mak dah tak ada dah... Dah di runtuhkan oleh yang menerima pusaka iatu mak saudara aku. Tanahnya pun dah di jual pada anak kepada kakak mak aku. Sepupu aku lah kiranya tu. Di belakang rumah pusaka inilah dusun durian tu. Tanah pusaka belakang rumah tu, dusun bahagian mak aku. Walau pokok taklah banyak mana, tapi boleh tahan juga banyak buahnya tu.

Puas hatilah aku balik kampung kelmarin. Dapat makan durian sepuasnya. Kalau kat bandar tak mampu nak makan sebanyak itu. Dahlah duriannya sedap-sedap belaka. Sebenarnya durian tu banyak lagi. Dusun durian sebelah bapa aku belum luruh lagi. Jangkaannya hujung bulan ni. Tapi aku tak adalah nak balik kampung lagi musim ni. Nak menguruskan kelengkapan anak sekolah pula.

Biarlah adik yang menjaga dusun tu mendapat hasilnya. Ibubapa dan adik-adik aku yang lain pun rajin ke sana. Tak terkata, walau terasa sangat sekejap, betapa seronoknya aku di sana. Anak-anak pun berebut nak mengopek buah durian. Sampaikan sebiji pun aku tak sempat nak buka sendiri. Tapi bagus juga sebab aku ngeri dengan duri-duri takut terluka jari  tapi makan durian nak je.... hehe!

Nanti aku cerita lagi kisah di kampung lagi. Nak baca cerita merepek aku di blog ini ... klik SINI

p/s: Makan tak hinggat aku ni. Sekali sekala apa salahnya.... :)

4 comments:

  1. Best la akak kalau balik kampung sesekali kan....bleh makan durian...

    ReplyDelete
  2. Wahhhh sedapnya boleh makan durian free kat kampung halaman

    ReplyDelete
  3. Selamat tak makan durian. Kalau tak mengigil baca post ni hahaaa

    ReplyDelete
  4. Akak.. naknikut balik kampung jugalah.. saya no dah le hantu doyan haha

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...