21 December 2017

Menjejak Peluang Ke Kolej Vokasional ....

Cuti sekolah dah nak hampir ke penghujungnya. Akibat dah tepu memikirkan persekolahan anak-anak dan barang keperluan yang perlu di beli, aku jadi ketandusan idea nak menulis blog. Apatah lagi anak ketiga aku baru lepas PT3. Keputusan taklah memberangsangkan dan sebab itu aku bercadang nak menghantar dia ke Kolej Vokasional. Biar dia mendapat peluang yang lebih di sana nanti. Belajar di Kolej Vokasional boleh dapat kemahiran.... ya tak?

Menjejak Peluang Ke Kolej Vokasional ....
Menjejak Peluang Ke Kolej Vokasional .... 

Jadi, aku sibuk sungguh mengisi borang dan mencari info berkenaan KV ni di internet. Macam-macam maklumat dan informasi yang aku cari. Bukan apa, untuk memastikan keputusan yang akan di buat nanti menjadi keputusan yang tepat untuk  anak aku ni. Kalau tanya pada tuan badan sendiri, semuanya tak ambil kisah. Kalau ikut kehendak dia, semua benda dia tak nak fikir. Aku juga yang kena cari jalan. 


Aku pun kurang pasti apa minat dan kecenderungan dia. Apa yang aku pasti dia ni seorang yang lincah dan penuh bertenaga. Macam tak pernah duduk diam. Ada saja perkara dan gerakan yang nak di buatnya  dan yang paling dia minat dengar dan tengok lagu dan cerita Korea. Jadi, camne aku tak risau... haihh!

Menjejak Peluang Ke Kolej Vokasional .... 


Borang aku dah isi hari tu secara online. Kalau dapat, hendak ke, tak nak ke dia kena ikut cakap aku. Aku dalam proses memujuk jugalah. Tak nak lah paksa memaksa ni juga. Dah beberapa kali di terangkan kebaikan masuk KV ni, dia semacam dah mau. Tapi macam biasa, kawan-kawan yang sama taraf dengan dia di sekolah minta dia tak payah tukar sekolah. Bagi aku, kalau tak mencari suasana baru, macam tu jugalah pencapaiannya. Susah nak maju kalau tak nak berubah.

Besar jugalah harapan aku agar dapat masuk KV. Kalau tak dapat, tak boleh kata apa lagi. Rasanya boleh dapat tu. Keputusan PT3 yang dia dapat tak lah teruk. Sedang-sedang saja keputusannya tu. Selain tu, sebenarnya barang-barang dan pakaian sekolah belum beli lagi. Itupun cukup meresahkan aku. Terkejar-kejar rasanya nak mencari barang sekolah . Kalau dapat KV lain barangannya pula. 

Bukan tu saja, anak yang seorang lagi pun nak di belikan barang juga. Mana tak  stresss dan kelam kabut di buatnya. Hujung minggu ni dan awal minggu depan mesti nak selesaikan kesemuanya. Tapi yang nak masuk KV tu terpaksa tunggu dulu. Masuk sekolah biasa dulu. Keputusan dapat ke tidak, lambat lagi. Semuanya aku juga yang kena fikir tu... huhu!

Untuk baca cerita cerita aku lagi di blog ni... klik SINI

p/s: Bukan senang jadi seorang mak ni, hala tuju masa depan anak-anak pun kita yang kena pandukan... Diorang tak tau apa pun... !

#pic fr google

3 comments:

  1. Untung yang dapat KV. Dapat save masa dan terus ada diploma.

    ReplyDelete
  2. Nurul alumni kolej vokasional gombak.. Alhamdulillah.. 4 tahun belajar dan dapat diploma, peluang pekerjaan lebih cerah lepas praktikal sebab ada kemahiran tersendiri :)

    ReplyDelete
  3. CONGRATULATIONS SIS!

    Alhamdulillah giveaway Ray dah berakhir.

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/12/congratulations-my-lucky-winners-for.html

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...