01 December 2017

Masakan Kampung, Sayur Kulat Sisir @ Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api Yang Sedap

Bagi penggemar lauk pauk kampung dan masakan kampung, sudah pasti amat mengenali sayur kulat sisir atau juga di kenali sebagai cendawan kukur ini. Kulat ini biasanya di temui di atas batang pokok getah yang hampir reput d kawasan kebun getah. Oleh kerana agak sukar di temui, harganya melambung tinggi sekarang iaitu dengar khabarnya RM60 sekilogram. Ini menjadikan ia masakan kampung ekslusif jugalah sekarang ini....huhu!

Masakan Kampung, Sayur Kulat Sisir
Masakan Kampung, Sayur Kulat Sisir

Masakan ini aku buat beberapa hari lepas,  selepas en. suami membelinya di pasar malam. Di belinya dengan harga RM9. Adalah dalam 1.5 gram saja beratnya iaitu dalam 2 genggam sahaja lebih kurang. Mahalnya harga kulat sisir ini di bandingkan dengan dulu-dulu. Oleh kerana nak bagi nampak banyak di dalam periuk bila di masak, aku masak bersama setengah ikat pucuk paku.


Kulat sisir ini biasa tumbuh dalam cuaca panas hujan yang tak menentu seperti sekarang ini. Dulu-dulu masa aku kecil, kulat ini tiada harga di pasaran. Hanya menjadi makanan orang kampung. Bila dah banyak di kutip, biasanya orang kampung orang akan jemur sampai kering dan simpan dalam botol kedap udara. Bila nak masak, rendam sebentar baru di masak. Sekarang tak sempat nak buat simpan-simpan dah. Kalau dapat banyak baik jual, berbaloi-baloi ... ya tak?

Masakan Kampung, Sayur Kulat Sisir
Masakan Kampung, Sayur Kulat Sisir

Selain masak lemak cili api, kulat sisir ini juga sedap di buat rendang yang macam masak rendang ayam tu. Sedap hingga  menjilat jari. Kalah rasa ayam kepci tu tau. Harga pun dah lebih kurang sama je... kan! Cara memasak lemak aku ni sama je dengan masak lemak cili api yang bisa. Cuma cara aku, nak bagi kulat tu lebih bergaul sebati dan aroma dan rasanya lebih sedap, sebelum memasak tu aku tumbuk separa lumat kulat sisir tu. Lain orang lain caranya... yer!

Masakan Kampung, Sayur Kulat Sisir @ Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api Yang Sedap


Bahan2 :

2 genggam lebih kurang kulat sisir
1/2 ikat pucuk paku
Segenggam ikan bilis
17 biji cili api
1cm isi kunyit
2 biji bawang merah
1 batang serai 
2 cawan santan pekat.
Secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara:

Kulat sisir dibersihkan dari kulit kayu, dan pasir dengan caram merendam dalam besen dan angkat kulat yang timbul. Buat beberapa kali hingga betul-betul bersih. Pucuk paku di patah-patahkan dengan tangan dan ambil batang dan daun yang lembut sahaja. Basuh hingga bersih.

Selepas tu tumbuk cili api, kunyit hidup dan bawang merah bersama sehingga lumat. Titik serai hingga pecah-peach di hujungnya. Jika mau, tumbuk separa lumat kulat sisir itu. Tak nak buat pun tak apa. Lepas tu masukkan bahan yang di tumbuk, ikan bilis, pucuk paku dan serai yang telah dititik ke dalam periuk.

Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Didihkan. Bila dah mendidih, masukkan kulat sisir tadi dan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi..Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat. Sedap sangat di jadikan juadah tengahari. 

Selain dari sayur pucuk paku, banyak jenis sayur boleh di campur bersama kulat sisir ini. Antaranya seperti pegaga, pucuk ubi, terung pipit, terung telunjuk, petai dan banyak lagi yang sesuai. Ikut citarasa dan kemahuan tekak sendiri sebenarnya. Kulat sisir ini pasti sedap dan menggiurkan rasanya. Boleh tambah nasi berpinggan-pinggan.... hehe!

Banyak resepi masakan dah kongsi di blog ni... klik SINI

p/s: Oh yer... ikut resepi ni memang pedas menyengat tau. Jadi pada yang makan kurang pedas, kurangkan kuantiti cili yer!

4 comments:

  1. Singgah Salam...
    Blog yang menarik untuk dilawati.

    ReplyDelete
  2. fuhh..

    memang rindu nak makan benda nih.

    kena balik jumpa mak ni jawabnya.

    ReplyDelete
  3. Dulu selalu makan cendawan sisir ni tapi sekarang tak tahu dekat mana nak cari hmmm

    ReplyDelete
  4. Saya ada jual kulat sisir kering..wa 01126034885

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...