06 December 2017

Makan Malam Tahun Baru Yang Teristimewa Di Club Lounge, Level 18 Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Tahun baru 2018 bakal menjelang tak sampai sebulan dari sekarang. Apa rancangan sambutan tahun baru anda semua...? Kalau masih tengah berkira-kira nak sambut malam tahun itu di mana... Jom sambut malam tahun baru nanti sambil melihat persembahan bunga api dari tingkat 18 di Club Lounge, Level 18 Grand BlueWave Hotel Shah Alam. Pasti malam tahun baru anda nanti di Grand BlueWave Hotel Shah Alam akan di kenang sebagai antara malam paling indah... Wowww!

Makan Malam Tahun Baru Di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Makan Malam Tahun Baru Di Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Makan malam menjelang tahun baru ini hanya terdapat pada tarikh 31 Disember 2017 seawal jam 6.30 petang hingga 1 pagi. Boleh lihat panorama indah matahari terbenam dari tingkat 18 hingga acara gemilang sambutan tahun baru dengan percikan bunga api sepanjang malam dari Dataran Merdeka, Shah Alam. Hanya di Grand BlueWave Hotel Shah Alam tau... Suasana pasti sangat cantik dan pastinya romantik juga.... huhu!

Suasana Dari Tingkat 18, Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Suasana Dari Tingkat 18, Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Makan Malam Tahun Baru Yang Teristimewa Di Club Lounge, Level 18 Grand BlueWave Hotel Shah Alam


Makan malam yang di sediakan pastinya sedap, menepati selera dan enak-enak belaka. Pelbagai jenis makanan boleh di nikmati sepuasnya. Ambillah masa anda menikmati sambil menunggu detik tahun baru dan berseronoklah dengan hidangan yang disediakan oleh Chef Al-Hafiz bin Redzuan yang di jamin halal.


Hidangan Di Sediakan Di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hidangan Di Sediakan Di Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Sebagai pembuka selera ada di sediakan Cold Seafood On Ice, Italian Seafood Salad, Orzo Pasta Salad with Roasted Baby Roma and Basil. Selain itu ada Braised Ribs, Roasted Lamb Leg, Roasted Chicken Whole with Italian Seasoning and Beef Wellington. Ada juga Spicy Prawn with Crackers dan banyak lagi hidangan yang menarik dan sedap.

Antara Desert Di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Antara Desert Di Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Ada juga masakan western seperti Chicken Terayaji Sesame, Mussel Au Gratin, Smoked Salmon Quiche dan beberapa hidangan yang lain. Sedap-sedap belaka. Sebagai pencuci mulut di sediakan pelbagai jenis puding, kek, muffin, pastries dan cookies yang sungguh mengiurkan untuk di rasa dan di jamah.

Menjamu Selera Di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Menjamu Selera Di Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Jangan lepaskan peluang menyambut tahun baru yang indah bersama keluarga dan  insan-insan tersayang anda di sini. Pengalaman yang mengujakan pasti tidak akan di lupakan sempena menginjak tahun baru 2018 dari tingkat 18 di Club Lounge, Level 18 Grand BlueWave Hotel Shah Alam. Siapa cepat dia dapat... Tempat sangat terhad.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan boleh lihat di bawah :

Harga :
RM 90.00 ++ (dewasa)
RM43.45 ++ ( kanak-kanak ) 4-11 tahun

Date : 31st December 2017

Time : 6.30pm - 1.00am 

Venue : Club Lounge, Level 18

Untuk Tempahan :
03 5511 8811 ext 2612 atau 2613

Alamat :
Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...