04 December 2017

Cerita Sedih Dan Pedih Aku Tak Kongsi Dalam Blog ...

Sebagai seorang blogger, aku paling tak nak dan tak akan eksplotasi cerita sedih orang apatah lagi pasal kematian seseorang. Kasihan orang yang di timpa musibah kehilangan orang tersayang. Ada pula yang buat cerita sedih pilu dan menokok tambah sesedap rasa. Makin sedih dan pilu hati mereka. Pada pandangan aku yang cetek ini, seeloknya buat cerita yang baik-baik dan indah sahaja.

Cerita Sedih Dan Pedih Aku Tak Kongsi Dalam Blog
Cerita Sedih Dan Pedih Aku Tak Kongsi Dalam Blog
Aku ni jenis yang berjiwa lembut halus. Baca dan tengok cerita sedih je aku yang menangis bengkak mata. Kata orang bila tengok tv cerita sedih boleh tadah baldi.... hahaha! Jadi, macam mana nak tulis, belum apa-apa ku dah merebeh dulu. "Merebeh" tu ayat dan bahasa  orang Perak untuk menangis.... hihi!

Cerita Sedih Dan Pedih Aku Tak Kongsi Dalam Blog ...


Paling di ingati pasal berita tentang perginya seorang putera raja dari selatan tanahair akibat sakit kanser.  Masa tu ramai blogger buat cerita hal ini. Korang nak tau, sebenarnya berhari-hari aku menangis sampai bengkak-bengkak mata. Kenapa aku sedih sangat, nanti aku ceritakan di sini...  huhu! Belum apa-apa dah berair air mata.. aiyoo!

Korang nak tau ... kan! Nama putera raja tu sama dengan nama cinta hati dan dahan berpaut kami sekeluarga. Mana taknya, kesedihan yang amat pilu berada di hati aku. Terasa sedih dan pedihnya sampai menusuk ke tangkai jantung dan hati bila mendengar dan menyebut kehilangan orang yang bernama yang sama. Tak dapat ku bayangkan, tak nak sebut dah... sedey... huhu!


Cerita indah, cerita gembira yang di baca menjadikan mood pun menjadi ceria. Bila baca cerita sedih, mood jadi tak ceria dan bergenang air mata. Bukan tak boleh selit cerita yang menyedihkan tapi biarlah kena pada tempatnya. Seperti untuk iktibar dan pengajaran. Kalau membabitkan berita, biarlah media arus perdana yang terbitkan. Cerita sedih yang sensasi rasaya tak perlulah kan..!

Simpanlah cerita sedih, cerita pilu sesiapa saja jauh di lubuk hati mereka dan pergi di bawa angin lalu. Cerita sedih diri sendiri biar menjadi rahsia hati. Perkara yang baik, indah dan manis bolehlah kongsi untuk tatapan di media sosial.

Akhirnya, di waktu dan malam yang sunyi, bila hati menjadi pilu, menangislah sepuasnya dan berserah pada Allah. Hanya Allah yang tau rahsia hati dan jiwa setiap hambanya... speechless gittew!

Hanya catatan merapu...Baca catatan di SINI

p/s:  Lain orang lain citarasa, rentak dan irama hidupnya. Ini hanya luahan hatiku. Suka-suka, sesedap rasa... hurm!

#pic fr google

3 comments:

  1. lain blogger lain caranya, tapi saya pun tak suka cerita sedih-sedih.lebih baik cerita pasal diri sendiri. cerita pasal orang takut tersalah nanti jadi fitnah

    ReplyDelete
  2. betul. lain org lain caranya. hehe

    jmput join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  3. Nampak bunga matahari tersenyum..senyum seindah suria..

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...