25 December 2017

Cara Mudah Merawat Keputihan Yang Biasa Di Alami Oleh Wanita

Keputihan biasa di alami oleh kebanyakan wanita. Ianya adalah normal dan biasa berlaku wanita, tidak mengira samada yang sudah berkahwin atau tidak. Tetapi kadangkala berlaku belaku jangkitan dan keputihan keluar terlalu banyak, pedih dan gatal. Selain dari beberapa petua tradisi merawat keputihan, ada satu petua  mudah untuk merawat keputihan ini.

Cara Mudah Merawat Keputihan Yang Biasa Di Alami Oleh Wanita
Cara Mudah Merawat Keputihan Yang Biasa Di Alami Oleh Wanita

Antara petua tradisi yang biasa di lakukan adalah menggunakan daun sireh. Rebus beberapa helai daun sireh. Selapas tu air rebusan daun sireh yang telah sejuk di gunakan untuk membersihkan bahagian intim wanita. Lakukan setiap kali ke tandas.

Selain tu boleh juga menggunakan halba. Iaitu rebus halba bersama seliter air selama 30 minit. Gunakan ia untuk membersihkan bahagian intim iaitu di jirus pada bilasan terakhir. Selain itu, makan berulamkan daun pegaga. Daun pegaga ada enzim yang boleh menyembukan keputihan.

Kata orang makan yogurt dengan minum air kanji tanak nasi pun boleh menghilangkan keputihan. Makan bawang putih yang di bakar pun boleh menghilangkan kegatalan akibat keputihan ini. Keputihan ini kalau tidak di rawat boleh menyebabkan pedih bila membuang air kencing. 


Salah satu sebabnya keputihan ini juga  boleh mempengaruhi tahap kesuburan wanita tersebut jika memang merancang untuk mengandung. Sesetengah tiada masa untuk mengamalkan petua-petua daripada nenek moyang kita. Bukannya tak percaya tetapi kekangan masa memang membuatkan keadaan bertambah serius.

Cara paling mudah dan senang yang aku lakukan adalah dengan memcuci bahagian intim dengan air baking powder. Iaitu bancuh air baking powder dan gunakan pada bilasan terakhir waktu mencuci. Gunakan selama mana selagi keputihan itu ada. Baking powder senang nak dapat. Kalau sireh tu susah nak jumpa, nak kena rebus lagi.

Inilah cara aku guna waktu terkena keputihan ketika mengandung dahulu. Sangat berkesan pada aku untuk menghilangkan keputihan dan kegatalan. Tapi kalau keputihan terus berlarutan seeloknya pergilah jumpa doktor. Untuk yang sudah berusia dan seringkali terkena keputihan, kemungkinan ini petanda diabetes. Jadi , pergilah ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.

Nak dapatkan tips dan informasi terkini, klik SINI

p/s: Informasi dari pengalaman sendiri je.... !

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...