Alexa Rank adalah ranking atau kedudukan yang dibuat oleh Alexa berdasarkan jumlah trafik dan pengunjung setiap hari pada blog. Blog suam- suam kuku aku ni taklah mempunyai ranking yang bagus dalam Alex Rank Malaysia atau di dunia global. Sedikit demi sedikit Alexa Rank makin rendah nilai rangkingnya. Tapi nilai rankingnya akan menurun kembali apabila tak merajinkan diri untuk update blog.
Alexa Rank Blog Huhahuhajerrdotcom |
Aku memahami terdapat dua jenis rank yang terdapat di dalam alexa iaitu ranking blog pada peringkat dunia blog dan juga dalam Malaysia. Semakin kecil nilai alexa rank sesebuah blog bermaksud semakin bagus blog tu. Alexa rank ni juga menunjukkan kepopularan dan mesra carian sesebuah blog.
Tahu sesangat, blog aku ni bukan blog yang popular pun. Blog yang simple dan penulisan bergaya santai sahaja. Tapi bolehlah serba sedikit berharap blog ini semakin mendapat perhatian dari cerita dan informasi yang di kongsi. Jadi, bolehlah aku menjana serba sedikit pendapatan dari perkongsian di alam maya ini... kan!
Bila melihat jumlah Alexa Rank aku ni menunjukkan skala angkanya makin menurun dan mengecil, menjadikan makin bersemangat aku nak meneruskan aktivit penulisan blog. Ini menjadi petanda makin ramai yang menyedari kewujudan blog picisan aku ni... hehe!
Alexa Rank Blog Huhahuhajerrdotcom
Sebenarnya blog aku ni pernah turun mengecil jauh sikit dari angka yang tertera di gambar itu setahun yang lepas. Tapi apabila aku kurang update entri , angka yang di tunjukkan membesar kembali. Padanlah muka aku, sebab mengabaikan blog ini sesekali... hurm!
Malu juga dengan blogger-blogger yang dah otai, bila dorang tengok rangking blog ni yang jauh ketinggalan dan bertinkek-tingkek rangkingya. Apakan daya, aku bukan sebijak mereka yang pandai mencari idea yang bernas dan canggih dan menjadi tarikan untuk di baca... aiyyoo!!
Nak kena rajinkan diri update blog dan mencari idea dan entri yang bagus la yer. Barulah blog sentiasa ke depan dalam carian google. Pendapatan pasti akan masuk berdesup-desup kalau blog bagus dalam alexa rank. Memang agak susah tapi bukannya tak boleh. Usaha hingga jaya, ya tak?
Nak lihat catatan dan cerita di blog ini klik SINI
Nak lihat catatan dan cerita di blog ini klik SINI
p/s: Chaiyok...! chaiyok...!
No comments:
Post a Comment