Aku sebenarnya sebelum ni kempunan sungguh nak makan durian. Di sebabkan harga durian yang mahal nak mampus, tak sampai hati nak membeli. Jadi kempunan aku nak makan durian, terkebil-kebil tengok cerita buah durian yang tengah musim dari musim lepas lagi. Seminggu sebelum aku balik kampung tu, tengok di FB adik aku tunjuk buah durian di kampung.
Apalagi berjurai-jurai airmata aku keluar. Entah kenapa, sensitif pula aku dengan penuh sayu, gembira, sedih bercampur baur. Macam tau-tau je aku tengah kempunan sangat buah durian. Masa tu aku dah tekad mesti nak balik kampung makan durian sepuas hati. Bukan tak boleh membeli, tapi mengenangkan harga buah tu dan dengan anak yang seramai ini, dapat membasahkan tekak je kalau beli dengan harga seratus ringgit tu. Kira mahal sunggun buah durian ni. Dah nak sampai ke harga emas dah.
Apa lagi, dah lama aku dan anak-anak tak tengok dusun durian. Apabila di sebut nak balik kampung makan durian, bersorak kegembiraan diorang. Masa tu tak lah memikirkan sangat dapat makan durian sebanyak-banyaknya. Dapat mengenyangkan perut sekali hadam dahlah.
Akhirnya Lepas Kempunan Nak Makan Durian ......
Tapi, sampai sahaja aku ke kampung, dah tersedia selonggok buah durian untuk kami sekeluarga makan. Bukan 2-3 biji atau 4 -5 biji tapi berbelas dan puluh biji jugalah. Ternganga aku di buatnya. Di suruh kami kopek semuanya buah tu untuk makan dan selebihnya mana yang kurang elok di lecek buat tempoyak. Kenyang betul lah perut... huhu!
Akibat dah makan durian terlalu banyak, makan tengahari pun dah pukul 4 petang. Pukul 6 hari tu, pergi pula ke dusun cari durian. Dapat lagi buah durian dalam 10 biji. Selepas subuh esoknya cari durian lagi dan dapat durian lagi, banyak juga Durian ni aku nak bawa balik Shah Alam.
Aku tak bawa durian sebiji-sebiji tapi aku kopek semua isi dalam bekas.Tinggalkan kulitnya di kampung. Dapatlah dalam 7 bekas aiskrim tu buahnya. 2 bekas anak bawa ke Uitm untuk kawan-kawannya dan 5 bekas aku simpan peti sejuk untuk makan dan buat kuah durian @ serawa durian serta bubur kacang durian. Tempoyak pula yang dah siap lecek aku dapat dalam 3 botol sederhana.
Seronok tak terkata aku di buatnya. dah tak kempunan durian lagi dah aku ni. Adik ipar siap masak rendang ayam, kuah durian dan laksa yang sedap untuk kami sekeluarga. Satu percutian makan durian yang menggembirakan sungguh. Entah bila lah nak kesana lagi menikmati suasana begini. Apapun bukan dalam waktu terdekat ini... Sibuk dahhh!
Abis dah cerita durian.. tertinggal dalam mimpi.. Nak baca cerita lagi klik SINI
p/s : Musim durian sekali sekala... huhu!
No comments:
Post a Comment