13 November 2017

Lazada Online Revolution Blogger Contest

Wau.... wau... wau!!! Lazada kembali lagi menghangatkan jualan online dengan jualan Online Revolution secara besar-besaran yang akan berlangsung dari 11 November hingga 14 Disember 2017. Sesiapa yang mencari barang yng di inginkan, bolehlah menilih di Lazada. Ataupun yang ada duit berkepuk-kepuk tu juga boleh shopping sampai lebam di lazada juga. Belek-beleklah jualan Online Revolution di web atau apps Lazada tu sampai fengshan @ tidur le ... hihi!

Lazada Online Revolution Blogger Contest
Lazada Online Revolution Blogger Contest

Aku bukanlah rajin shopping online tapi sesekali tu ada membeli secara online atau dalam talian ini. Itupun dengan barang-barang yang perlu sahaja. Al-maklum aku kena mendahulukan keperluan dari kehendak. Tapi walau sesekali membeli, aku sangat berhati-hati takut kena tipu. Sekarang penipu online sangat berleluasa.

Rasanya macam-mcam benda aku dah beli secara online. Tapi yang paling banyak dan paling suka beli adalah pakain. Beli baju raya secara online dah aku buat dalam 2 -3 tahun ni. Tak payah bersesak-sesak di pusat membeli-belah setiap kali memilih baju raya. Dah pilih, tunggu saja posmen hantar depan pintu rumah.


Lazada Online Revolution Blogger Contest


Membeli secara dalam talian dan online ni banyak yang memudahkan untuk mencari hanya barang-barang yang perlu sahaja. Jadi boleh menjimatkan masa dan kos dari situ. Sebenarnya aku dah tak ingat produk yang pertama kali beli secara online. Bukan pasal dah banyak beli secara online tapi sebab kadang-kadang dan selalunya anak-anak yang membeli dan aku yang kena bayar.... hahaha!


Tapi aku paling ingat ada beli satu barang di Lazada waktu lagi 3 - 4 hari nak hari raya Aidilfitri pada tahun lepas. Masa tu hampir semua barang untuk beraya dah beli dan aku tak bercadang nak beli dan tukar handbag baru. tapi masa itulah handbag aku rosak tali dan zipnya. Nak membeli dan memilih di kedai dah tak larat dan tak sempat. 

Jadi, penyelesaiannnya ku beli handbag jenama Mango di Lazada. Nasib baik Lazada masih terima lagi dan courier masih menghantar barang-barang lagi. Poslaju pula 10 hari sebelum raya dah tak boleh hantar barang dah. Penghantaran yang sangat cepat sungguh. Malamya aku order, petang esoknya dah sampai ke tangan aku. Huh... nasib baik ada Lazada. Itu pengalaman yang tak dapat aku lupakan dengan Lazada tau.

Sebenarnya ada beberapa barang yang aku merancang nak beli di Lazada. Tapi apakan daya tak berkesempatan. Bukan sebab tak mempunyai kewangan yang mencukupi tapi memang aku terpaksa mendahulukan yang penting dahulu iaitu untuk pembelajaran dan masa hadapan anak-anak. Jadi aku berangan- angan sajalah dulu nak mebeli-belah di Lazada ni.

Lazada Online Revolution Blogger Contest
Lazada Online Revolution Blogger Contest

Antara barang yang sangat aku idamkan adalah Bread Maker jenama Pesonic ni. nak tahu kenapa? Sebab kami sekeluarga suka sangat makan roti. Hari-hari mesti ada roti dalam menu makanan keluarga. Anak-anak walau ada makanan lain, masih mencari roti untuk sarapan dan makan malam. Jadi, kalau ada mesin ni mudahlah aku buat sendiri. Tak payah membeli sebuku roti di kedai hari-hari. Gittew le... heh!

Jomlah pada para blogger yng belum join contest ini, join segera. Mana tau kalau bernasib baik, boleh menang hadiah yang di tawarkan. Berbaloi-balai sungguh hadiahnya. harap aku kali ini tidak bermimpi lagi untuk memenangi hadiah itu. Kalau rezeki sudah tertulis, tak kemana perginya tapi tak kisahlah... Aku cuma ingin memeriahkan suasana yang dah sedia meriah ini saja. 

p/s : Lalalalala..... Lazada Online Revolution Blogger Contest dari dari 11 November hingga 14 Disember 2017.... Yeayhhhh!

2 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...