Apabila lepas waktu makan tengahari, mulalah rasa mengantuk dan rasa nak dapatkan bantal dan nak baring-baring. Kemalasan pun melanda di jiwa. Alamak.... kerja banyak ni! Macam mana nak elakkan mengantuk di siang hari? Ada caranya dengan beberapa cara ini boleh elakkan mengantuk. Caranya dengan ambil makanan dan minuman dengan betul.
Elakkan Mengantuk Di Siang Hari Dengan Makanan Dan Minuman |
Sebenarnya sangat penting nak dapatkan tidur yang berkualiti dan mencukupi agar tubuh sentiasa dalam keadaan lebih bertenaga dan lebih produktif. Tapi kehidupan sekarang, bukannya mudah untuk mendapatkan tidur yang cukup. Lebih-lebih lagi yang berkerjaya atau yang melakukan lebih dari satu kerja dalam sehari.
Elakkan Mengantuk Di Siang Hari Dengan Makanan Dan Minuman
Jadi, apabila melepasi waktu tengahari mata mula nak lelap dan terasa mengantuk. Takkan nak tidur di tempat kerja. Menyalahi etika di tempat kerja la pula. Antara makanan dan minuman yang boleh menghilangkan mengantuk adalah kopi. Selain kopi, ada beberapa lagi makanan dan minuman yang boleh merangsang otak untuk mengurangkan rasa mengantuk.
Kopi
- Bahan yang sinonim dengan acara menghilangkan mengantuk. Kandungan kafein di dalamnya membuatkan badan terasa segar dan hilang rasa mengantuk. Tapi harus di ingatkan, pengambilan hendaklah dalam kuantiti yang sederhana kerana apa saja yang diambil dalam kuantiti yang berlebihan akan memudaratkan.
Teh
- Dehidrasi atau kekurangan cecair dalam badan bakal membuatkan tubuh kita rasa letih dan rasa mengantuk juga akan datang. Pilihan terbaik selain kopi adalah teh hijau. Kandungaan kafeinnya kurang sikit berbanding kopi dan kandungan antioksidannya yang tinggi juga menjadikan teh hijau ini pilihan yang lebih baik berbanding kopi. Teh hijau bagus untuk yang nak kuruskan badan.
Air putih
- Satu lagi cara paling mudah untuk mengelakkan berlakunya dehidrasi secara tidak langsung membuatkan kita rasa letih dan mengantuk adalah dengan mengambil air putih. Walaupun rasanya tidak sesedap kopi dan teh, air putih ini sebenarnya mempunyai banyak manafaat sekiranya di ambil pada waktu yang tepat dan dalam kuantiti yang sepatutnya.
Makanan Pedas
- Sensasi ras pedas dari cili dapat menghilangkan rasa mengantuk. Biasanya, mata kita automatik akan berasa segar apabila makan makanan yang pedas.. kan! Jadi, selepas ini kalau mengantuk, cuba ambil makanan yang pedas. Tapi jangan berlebihan, perut akan meragam dan memulas pula nanti. Semua kerja tak menjadi.... hehe!
Makanan Masam
- Makanan yang berasa masam juga boleh mengelakkan rasa mengantuk. Kebiasaan buah yang masamini mengandungi vitami c yang tinggi. Buah-baun ini boleh membantu diri untuk kekal fokus dan peka. Bukan saja dari rasanya yang masam. baunya saja sudah mencetuskan kepekaan yang menenangkan
Coklat
- Coklat memang sesuatu yang sedap tapi kalau boleh yang pure coklat yang warna gelap. Ini menjadikan coklat gelap lebih mengandungi kafein. Walaupun di kategorikan sebagai snek yang lebih bagus berbanding gula-gula atau keropok, pengambilannya juga harus di kawal.
Telur
- kandungan kolin yang tinggi dalam telur mampu membantu anda menjadi lebih bertenaga, fokus dan mengelakkan rasa mengantuk. Apa kata, cuba ambil telur sebagai menu makan tengahari anda, mungkin rasa mengantuk akan datang lambat sedikit dari biasa.
Minuman Tenaga
- Minuman tenaga yang berada di pasaran mempunyai kandungaan kafein dan asid amino taurine yang tinggi, yang mana dapat meningkatkan kepekaan dan adrenalin. Ada kajian menyatakan sekiranya mengambil minuman tenaga pada awal hari akan membuatkan sukar untuk tidur. Jadi, kalau selalu rasa lemah tak bersemangat, minumlah minuma tenaga yang ada macam-macam jenama di pasaran.
Yogurt
- Menikmati yogurt yang sejuk atau di campur dengan buah-buahan kegemaran boleh di pilih ikut kehendak sendiri. Kandungan probiotik dan bakteria baik di dalam yogurt juga bermanafaat untuk sistem pencernaan anda. Selain rasanya yang enak, yogurt turut menjadikan tubuh badan kita lebih segar.
Pisang
- Kandungan potassium yang tinggi dalam buah pisang ini boleh menambahkan kepekaaan anda. Bukan itu saja, Buah ini juga dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam badan. Justeru, dapat mengurangkan perasaan mengantuk.
Inilah serba sedikit cara dan makanan untuk mengelak dan mengurangkan rasa mengantuk di siang hari yang sering membelenggu diri. Tapi kalau dah mengantuk sangat itu tandanya kekurangan tidur yang mencukupi dan berkualiti. Jadi, bila waktu tidur, janganlah di paksa diri untuk berjaga.
Jom lihat lebih lagi ..... informasi di SINI
p/s : Pesanan untuk diri sendiri yang sering berjaga malam... hihi!
#kredit SINI
Klu ena try sume ni mmg xjln..tertido jugak.hehe.. kcuali kopi je yg ok..badan btenaga xmudah letih..
ReplyDeletedalam banyak tu miza suka kopi dan air kosong jew yang boleh buat teman mata
ReplyDeleteAir kosong, yogurt, and tea green favourite sy.. tapi kadang2 walau da minum, saya masih rasa mengantuk. mungkin kurang tidur selalu. huhu
ReplyDelete